Sunday, May 29, 2011

Perbankan Islam

Banyak dah kat Malaysia ni. Tapi mungkin ramai yang tau dan ramai juga yang tak tahu macam mana rupa perbankan islam je. Mungkin ada yang kata sama je dengan conventional banking. Mungkin juga ada yang pikir macam mana islamic banking nak untung kalau tak da riba'.

Aku pun baru belajar tapi boleh lah berkongsi serba sedikit. Perbankan Islam ni berasaskan syariah islam yang berlandaskan al quran dan sunnah. Bukan macam conventional yang gunakan hukum manusia semata-mata. So, melalui perbankan islam ni, kita dapat mengelakkan riba', penindasan dan lain-lain.

kebanyakan dari kita selalu takut akan riba' bila perlunya membeli kereta mahupun rumah. Kalau tak meminjam dari bank, manakan dapat tunai beratus ribu. Kalau mahu menyimpan, bilakan pula nak merasa. Kalau conventional banking, kita akan meminjam, dan akan membayar semula wang pinjaman beserta bunga (riba'). Tapi kalau dalam perbankan islam, bank akan membeli kereta tersebut dari penjual lalu bank akan menjualkan kereta tersebut kepada kita dengan harga baru yang ditetapkan oleh pihak bank. Maka tiada riba' di sini. Bank hanya mengambil untung jualan yang dipersetujui ke 2 belah pihak.

Tapi kadang-kala, bila kita lambat bayar bulan-bulan. Perbankan islam mungkin akan kenakan denda dan bayaran tambahan. Namun jangan dirisau, kerana denda ini akan didermakan ke mana-mana manusia yang memerlukan. Maka urusan kewangan kita bebas riba' dan penindasan.

Info diperoleh dari reader digest oktober 2011 dan zahiruddin@net

2 comments:

mtbink.com said...

maknanya sama sahajalah, harga benda tu tetap lebih tinggi daripada harga asal, semua bank hendak mengejar untung, tak ada bank yang tak nak kejar untung... siapa yang nak bayar kos perbankan semua bagai, bank mesti kejar untung...

kesan dia sama sahaja, cuma bezanya yang mana kena bayar banyak, yang mana kena bayar sedikit, yang kena bayar banyak macam bank konvensional tu tiba-tiba dianggap riba', padahal perbankan Islam yang kena bayar sedikit itu tidak dianggap pula riba' walaupun masih mengejar untung, kesan dia sama sahaja, bank tetap mengejar untung, cuma sedikit atau banyak sahaja, this is business, tak ada bank yang buat kebajikan dalam dunia ini...

moyu said...

klu betul 2 sistem die bgs la...
ni pilihan yang diberi utk lari dr riba', 2 je...
standard la amik untung..
name pun bisness kan...
norma kehidupan..
ape xnk untung....
huhuhu
thanks utk info ni....
br sy tahu pe bezanye...
huhu