Thursday, July 28, 2011

Ikan lumba-lumba (part 2)


Batu ikan lumba-lumba itu masih lagi erat digenggam oleh Rin. Biar dalam tidak sedar dibedah para doktor, hadiah pemberian Bo, tetap bersama Rin mengharungi detik getir itu.

Sebulan terlantar di benua asing. Hanya batu ikan lumba-lumba itulah yang menjadi teman dan perangsang bagi Rin menjalani program fisoiterapinya. Dan kini Rin telah pulang, bersedia untuk kembali bertemu Bo.

Seperti dahulu, Bo tetap dengan hobi peliknya, mengutip batu-batu di anak sungai depan rumah Rin. Kadang-kadang bukan hanya batu yang dipegang oleh Bo, tahi kucing, ayam, monyet dan manusia juga terpegang olehnya. Bila rasa lembik-lembik dia akan hidu dullu. Jika busuk baru dia basuh tangannya. Rin hanya memandang dengan penuh minat. Gelagat Rin mengusha Bo di perhati ibunya, lalu ibunya menyarankan agar Rin pergi menegur Bo.

"Hai." Tegur Rin kepada Bo.

Kerana terlalu khusyuk mengutip batu, Bo terkejut dan terjatuh. Habis basah sebahagian seluar dan bajunya. Teruja Rin melihat Bo yang basah. Darah Rin kini tertumpu di pipi gebunya. Blushing. Dan dengan cool Bo berdiri berhadapan dengan Rin, yang sememangnya menjadi pujaan hatinya.

"kenapa awak pakai topeng ultraman?"

"saya malu"

"Tak payah lah malu, saya nak kawan dengan awak, bukan dengan ultraman. saya benci ultraman, saya suke dinasor."

"Ok, saya buka topeng, tapi kenapa awak suka dinasor, tak suka ultraman?"

"Sebab, ultraman bunuh dinasor, habis semua pupus."

Mereka berdua terus berbicara sehingga senja. Matahari terbenam menjadi saksi pancaran kasih mereka.


2 comments:

moyu said...

hahahaha
1st time dgr teori kepupusan dinasour yg ni...

Robot | Sakti said...

gua pun suka dinosor

(pipi blushing)