Wednesday, January 12, 2011

Ikan lumba-lumba

Dunia Rin kini hanyalah ditemani kerusi rodanya dan binokular yang dihadiahkan oleh doktor di hospital pantai, bersempena penyakit yang dihidapinya. Dengan kerusi itulah dia berlegar-legar dalam rumah agam bapanya yang terletak di seberang anak sungai yang sungguh nyaman tiupan anginnya dan sungguh menyegarkan aliran airnya.

Petang ini, seperti petang-petang yang lain, Rin merenung ke arah anak sungai itu dan melihat kehadiran seorang kanak-kanak yang mungkin sebaya dengannya sedang asyik menilik-nilik batuan sungai dan sesekali dimasukkan ke dalam poket seluar pendeknya. Cepat-cepat Rin mengambil binokular dan meneropong budak tersebut. Bagaikan satu kebetulan, saat Rin mula meneropong, saat itu juga budak itu menoleh ke arah Rin. Pandangan mereka bersatu, tapi Rin dapat melihat dengan jelas lendiran hijau bergayutan di hidung budak lelaki itu. Sekilas ikan di air, sepantas itu juga, budak lelaki itu hilang dari pandangan Rin.

Rupanya budak lelaki itu bukan berlari balik ke rumah. Dia memanjat tembok rumah Rin dan meletakkan seketul batu berbentuk dadu, khas buat Rin.

Setiap hari, budak lelaki itu tanpa jemu mengutip batuan berbentuk unik dan diletakkan di atas tembok rumah Rin, sampailah pada suatu hari, kegiatan budak lelaki itu kantoi dengan mak Rin. "Kamu ke yang hari-hari letak batu atas tembok mak cik ni?"

Terpancar ketakutan di muka budak lelaki itu, terketar lutut, terasa mahu terkencing.
"Erk, minta maaflah mak cik, saya tak sengaja. Boleh saya tumpang kencing?"

Selesai kencing, mak Rin mengajak budak lelaki tersebut berborak-borak.
"Siapa nama kamu ni? terima kasihlah hadiahkan Rin batu-batu yang cantik tu. Dia sebenarnya ada penyakit, sebab tu hanya boleh meneropong, tak dapat bermain seperti kamu."

"Nama saya Bo, saya sebenarnya terpikat dengan anak mak cik. Tapi saya belum berduit mahu menhantar rombongan meminang mahupun hantaran kahwin. Saya harap batu-batu tu dapat menghiburkan dia segembira bila dia berkahwin dengan saya nanti."

"Janganlah berharap sangat ye, kamu tu dah la berhingus lagi. By the way, lusa Rin tak ada, dia nak pergi ke Amerika nak buat pembedahan."

"Semoga berjaya saya ucapkan. Boleh saya tahu Rin suka apa?"

"Erk, apa ye. Haaa, dia suka ikan lumba-lumba. Tiap malam mengigau berenang dengan ikan lumba-lumba. Lepas tu habis basah tilam dia kencing malam. orang jawa panggil ngompol."

Bo terdiam. Tanpa berlengah, dia minum jus laju-laju dan meminta diri untuk pulang.

Esoknya......
Hujan lebat mencurah-curah, bagai bersedih dengan pemergian Rin ke Amerika untuk pembedahan hari esok. Dalam kesedihan alam itu, Rin juga sebenarnya diruntun sedih. Hujan turun, sudah tentu Bo tidak akan hadir menghiasi pandangannya, dan menghadiahkan batu untuknya.

Namun deduksinya tidak tepat, bagaikan seorang teruna gagah perkasa, Bo muncul di tengah hujan sejuk itu dengan berbaju hujan, menjalankan rutin hariannya. Mencari seketul batu bagi menceriakan hati seorang gadis yang berjaya mencuri hatinya.

Lusanya...
Di lapangan terbang
"Rin, ada bawa batu bertuah?"

Rin mengangguk dan tersenyum riang sambil genggaman tangan kanannya dibuka. Seketul batu berbentuk ikan lumba-lumba menjadi azimat kekuatan untuk ke Amerika dan melalui pembedahan nanti.

Di atas pokok durian
Bo tekun melambai setiap kapal terbang yang dilihatnya dari pagi hingga ke malam. Dan pada senja itu, dia melihat Rin bersama Ikan lumba-lumba yang terbentuk dari awan perang di langit nan merah tersenyum riang kepadanya.

9 comments:

moyu said...

bdk hingusan lg pun da nk b'cinta...
hebat tol...
huhuhuhu
tajam tol mate budak 2...
leh nmpk si Rin...
ke Rin 2 mmg de penyakit mate gak???

man said...

ko tulis sndiri?
menarik..
untung la si moyu..

DAUD said...

moyu> huhu, rumah budak tu guna sliding window. so leh a nmpk dalam, perasan la.

man> jadi awek aku mmg untung, sape lagi nk jadi? huhu

♥ p a A n i ♥ said...

hahhhahhahaha. woiii, berhingusss lg tuuu. tp best gak citer niii. berusaha jugak bg batu bentuk ikan lumba2!

moyu said...

de hati nk awek lg ke daud????
huhu

moyu said...

de hati nk awek lg ke daud????
huhu

Robot | Sakti said...

nice bro.

leh tulis cerpen ni.
hehehe

~~aKoO~~ said...

pengolahan citer yg sgt best..thumbs up..
*klu ader idea smbg lg citer sal Bo-Rin ni..xder la boring biler sngah cni..hehe

DAUD said...

thanks sume
kalau ada idea nanti aku sambung ye

moyu> xnk la cari lain. huhu