Tuesday, October 25, 2011

Revolusi Libya

Selepas 42 tahun diperintah Muamar Gaddafi, akhirnya tahun ini rakyat libya, (negara Afrika terkaya) memberontak menuntunt Gaddafi digulingkan dan beliau telah dibunuh dan kini mayatnya dijadikan bahan pameran yang bukan sahaja menjengkelkan, tapi cukup membusuk. Rakyat Libya masih berdendam dengan beliau dan beliau diletakkan sehina-hina kedudukannya.

Gaddafi, jasa dan Libya
1. Memperkenalkan buku hijau. Mengandungi 3 jilid dan jilid ketiga yang mengandungi teori antarabangsa ke tiga adalah teori yang paling popular. Beliau menyeru seluruh Libya mengkaji dan mengikuti ideologi yang di sampaikan melalui buku hijau yang ditulis olehnya sendiri.
2. Segala perbelanjaan pendidikan dan kesihatan adalah free. Selain itu, banyak barang yang disubsidikan, rumah juga murah-murah.
3. Beliau turut mencadangkan bahawa pekerja jangan diberi gaji, sebaliknya diberikan share. Maka jika syarikat untung, pulangan pada pekerja juga banyak.
4. Selain itu Gross Domestic Product (GDP) meningkat sebanyak 10.6% pada tahun 2010. Wiki.
Sila rujuk laporan Libya; A Country Study yang ditulis pada 1987.

Nampaknya banyak juga jasa yang disumbangkan Gaddafi kepada Libya. Tapi kenapa rakyat Libya sangat-sangat membenci arwah. Tambahan lagi kenapa pihak barat turut membenci beliau. Pihak barat dengan senang hatinya melaburkan wang, menghantar tentera bagi memburu Gaddafi yang dikatakan membunuh rakyat Libya. Tetapi mereka tetap membisu, membiarkan bumi palestin di jajah rakan sekutu mereka.

Sebab barat membenci Gaddafi.
1. Barat takut akan keberanian Gaddafi dan idea radikal Gaddafi yang tidak memihak kepada barat. Barat gentar dengan ketegasan Gaddafi untuk menjual minyak menggunakan dinar emas dan memulaukan US dollar serta Pound Sterling.
2. Terdapat khabar angin mengatakan Gaddafi sering memberi bantuan kepada penduduk Palestin bagi berjuang demi tanah air mereka.

Sebab-sebab rakyat membenci Gaddafi.
1. Disebabkan keinginan beliau memperjuangkan ideologi buku hijau tulisnya sendiri, beliau telah membunuh ramai pelajar dan cerdik pandai yang ingin membantah ideologi tersebut.
2. Mungkin juga disebabkan pemerintahan beliau yang terlalu lama dan ada kemungkinan pentadbiran itu akan diserahkan kepada anak beliau, jika mereka masih hidup.
3. Di ambang kebangkitan para pejuang bagi menggulingkan beliau, dengan sewenang-wenangnya beliau membunuh rakyat awam dan pemberontak.

Menang jadi arang, kalah jadi abu.
Apalah nasib Libya selepas ini. Jangan nanti terus dirundung malang dijajah Barat.

Saturday, October 22, 2011

Muammar Ghadafi

Siapa kenal dia ni? Siapa tahu apa yang dia dah buat dekat Libya tu?

Banyak sangat khabar angin nya. Media, TV dan akhbar semua khabarkan yang dia ni jahat. Tapi ada pulak sumber-sumber yang kat internet ni kata dia baik.
"Dekat Libya, tak ada cukai langsung, biasiswa pun dapat, minyak pun sangat-sangat murah"

Ada yang cakap ini semua konspirasi barat bagi mendapatkan minyak dengan harga lebih murah. Entahlah, tak tahu dah apa kebenaranya, kita tak ada disana.

Aku nak cari buku hijau yang di tulis Ghadafi. Buku yang dia wat jadi ideologi dan perlembgaan Libya. Nak study tentang third international theory, Chapter 3 dalam buku hijau. Mungkin kalau dah paham ideologi dia, kita dapat gambaran sebenar apa yang terjadi.

Tapi mana nak dapat buku-buku ni?

Thursday, October 13, 2011

Boncet sampai tak nampak ko....

Dah kerja?Dah kawen? selalu 2 benda ni lah yang watkan lelaki memboncet memboroi. Tapi kadang-kadang belum kerja dan kawen pun dah boleh jadi boroi.

Antara masalah-masalah yang sering di perkatakan oleh orang-orang berperut besar ni adalah seperti di bawah:
1. Tak boleh tunduk beb.
2. Makan bersila pun tak mampu, kena angkat pinggan tu ke dada baru lah boleh nak makan.
3. Kena lah pulak beli seluar baru. Seluar lama semuanya tak muat dah, layak buat alas kaki je.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Last but not least, ramai lelaki diluar sana ada masalah ni, tapi tak ramai lah pulak yang berkongsi. Mereka selalu tensen, bila perut dah boncet, besar sangat, konek pun tak boleh nampak dah.

Kesimpulannya, bawa-bawalah bersenam. Buat sit up banyak-banyak, biar jadi 6 pax.

Tuesday, October 11, 2011

Tengok sikit terus komen

Kau, kau dan engkau. Aku tau, engkau orang datang sini, baca 2, 3 ayat terus komen kan. Ramai yang tak baca betul-betul. Sikit je yang baca dari awal sampai akhir. Aku tau dah perangai korang. Sebab aku pun buat macam tu juga.

Budaya ni perlu dikurangkan, sebab nanti terbiasa dan selalu buat even untuk benda-benda penting. Contohnya perjanjian, surat-surat dan sebagainya. Jangan main sign je tau. Cuba kita anggap benda yang kita baca ni penting dan best.


Monday, October 10, 2011

Bangla juga ada perasaan

Ramai orang yang beranggapan bangla itu berkelas lebih bawah dari kita. Bangla itu bodoh, dan mungkin ada juga yang beranggapan bangla itu hina. Walaupun pakaian smart gila babi, tapi bau tetap busuk.

Tapi janganlah memandang hina sangat bangla ni. Mereka mungkin sedikit ketinggalan dari kita, dan sesungguhnya mereka sedih bila orang meerendah-rendahkan mereka. Sama seperti kita yang geram, marah dan sakit hati jika orang lain mengeji kita.

........

Pada suatu hari, seorang bangla yang bekerja di tapak binaan sebuah banglo yang tidaklah sekacak shah rukh khan telah melepaskan hajat yang dikumpul sekian lama di dalam perut berbulu buncitnya itu. Beliau melepaskan hajat di dalam jamban mudah alih (jamban toitoi). Kalau tak pernah tengok sila google ye.

Nak dijadikan cerita, ada seorang pemandu kren yang baru malam tadi menonton prank2 yang melibatkan jamban ni. Lalu setan pun menyalurkan idea keji terhadap beliau. Dengan selamba, si pemandu kren tersebut mengangkat jamban toitoi yang berisi bangla itu dan mengalihkannya ke sudut yang lain. Maka beliau pun tekunlah memerhatikan jamban tersebut dengan harapan bangla tu nanti terperanjat beruk. Camne jamban toitoi tu leh jadi mesin teleport. Ada yang dia duk lama2 nanti dan berhajat biar sampai ke bangla.

Selepas menunggu 5 minit, bangla tu pun keluar. Tapi si pemandu kren ni pulak yang frust, bukannya bangla tu. Bangla tu relaks je jalan tanpa memikirkan apa-apa. Bengang gila pemandu kren tu. Dahla dia tak g makan, tak dapat nak gelak la pulak. Rugi sungguh.

Tiba-tiba si pemandu tu terdengar jeritan halus.
"Tolong, tolong, help, help."
Rupa-rupanya bangla tu dah terbenam dalam selut. Makin lama, makin dalam, dari paras lutut dah sampai paras pinggang. Berpeluh jugalah si pemandu lori tu melihatnya. Takut juga dia. Kang kalau mati, tak pasal-pasal dia kena penjara.

Dengan akal yang sedikit panjang, pemandu kren tu pun cepat-cepat memanjangkan kakinya memanggil supervisor. Tapi dia panggil supervisor, bukan superman. Supervisor tu pun tak berani nak g dekat ngan bangla. Dia takut, dia pun tenggelam sama. Lagi parah jadinya.

Setelah berbincang agak lama, dan si bangla tu dah mengucap banyak-banyak, mereka bersepakat untuk menggunakan kren bagi menyelamatkan si mangsa. Mereka menjuihkan rantai kren tu betol2 di atas kepala bangla. Lalu bangla itu disuruh memegang erat rantai kren tersebut dan kren mengangkatnya perlahan-lahan ke udara. Alhamdullillah, bangla dapat di keluarkan dari selut durjana itu.

Namun, selut jahanam tidak rela pulang dengan tangan kosong.Selut berjaya mencuri pakaian bangla dari pinggang ke bawah. Yang dalam-dalam sume tak dapat diselamatkan. Jadi bangla itu half naked di udara sambil diperhatikan oleh sekalian hadirin di situ. Adalah lebih kurang 50 orang yang menikmati pemandangan indah pada hari itu.


Saturday, October 8, 2011

Cis kek


Tadi bos belanja makan cis kek dan ais blend kat coffe bean.
Memang best sebab free, tapi cam nak muntah pun ada, sebab muak.