Saturday, January 7, 2012

Apabila Anwar dibunuh

What the fuck... Hari-hari cerita politik, hari-hari cerita politik. Ceritalah blue sikit, ceritalah seram-seram sikit. Contohi mastika. Barulah ada feel nak baca. Contohi metro, barulah stim.

Bentak Hassan pesara perisik agensi rahsia di bawah seliaan kementerian pertahanan Negara suatu ketika dahulu. Walaupun bergelar pesara, beliau tidaklah tua, beliau hanya mengambil skim bersara muda. Melalui skim ini, beliau dapat kurangkan belajawan Negara seterusnya membolehkan kerajaan member subsidi yang lebih banyak kepada rakyat.

Dengan semangat patriotik dan kemarahan meluap-luap terhadap media masa kini, beliau nekad mahu membunuh sistem politik yang hanya ada pada parti. Tak kiralah seteruk mana pemimpin tersebut, yang penting partinya itu perlu menang. Yang penting 2/3 dalam genggaman.

Lalu Hassan merangka ringkas modus operandinnya.

Metodologi: Bunuh

Sasaran: Anwar Ibrahim

Tempat: Mahkamah tinggi Kuala Lumpur

Melalui deduksinya, apabila anwar dibunuh, seluruh penyokong PR akan merusuh. Menuduh ini semua angkara BN. Sudahlah sumpah dipermainkan, mahkamah tinggi juga dicabar. Lalu penyokong BN juga tidak akan berdiam diri. Pastinya bumi Malaysia berdarah lagi. Tragedi 13 Mei akan berulang.

Tapi kalau itulah pengorbanan yang diperlukan untuk membawa rakyat Malaysia maju selangkah ke hadapan. Biarlah Hassan yang memulakannya. Perjalan seribu batu, bermula dengan satu langkah.

+*&*+

9 Januari menjelang. Jalan sesak perhimpunan penyokong anwar berkumpul gah di depan mahkamah tinggi. Sorak sorai meriuhkan lagi kebingitan kota. Sesak sarat menghangatkan lagi suhu persekitaran.

Hassan dengan bakat yang dianugerahkan tuhan dan juga kemahiran yang diperolehinya semasa berkhidmat dalam agensi rahsia bersiap sedia dengan selaras senapang sniper. Dengan teropong dia memusatkan pandangan ke kepala anwar. Jari telunjuk bersiap sedia menarik picu.

No comments: