Thursday, December 20, 2012

Bomoh Mail

Hari mendung, awan hitam berarak perlahan, dari pagi sehingga ke petang. Entah apa yang didukakan si awan hitam. Angin juga bertiup sejuk nyaman. Jarang cuaca sejinak ini. Semalam semalam sering sahaja panas terik sehingga merenjis peluh membasahi busana.
Lagi indah kerana hari ini Esah ditemani Dani berjalan-jalan di Mid Valley mundar mandir melihat baju dan kasut. Yang itu dicuba, yang ini disarung, namun tiada satu pun yang dbeli.
…………………..
Dari jauh ada mata cemburu yang melihat keintiman Esah dan juga Dani. Api cemburu itu ialah bara yang tersimpan elok dalam bekas yang kalis panas. Langsung tidak terasa panasnya, tapi membara membakar dari dalam.

Nekad sudah disimpul kejap keinginannya untuk berdampingan dengan bomoh Mail, biar boleh hantu jembalang digunakan bagi memisahkan Dani dan Esah. Jijik dia melihat mereka berpimpin tangan. Berdosa besar. Jika memegang babi boleh lagi disertu dengan 7 kali basuhan air tanah, jika memegang bukan muhrim dosanya entah bagai mana.
…………………..

Malam ini bulan terang memantulkan cahaya yang dipinjam dari matahari. Dan malam ini juga, wajah bomoh mail bersinar dihias senyum panjang. Sudah lama dia tidak didatangi oleh sesiapa. Maklumlah sekarang zaman moden. Tak perlu lagi tuju2 dan sebagainya, hanya memerlukan sebuah telefon pintar subsidi kerajaan, seseorang itu telah Berjaya mendapat cinta, menabur fitnah. Semuanya bergantung pada strategi masing-masing.

“haa, tepat pada masa yang dijanjikan.”
Bomoh mail menyambut salam si tetamu dan mengajaknya masuk ke dalam.

“Tak apa, tak perlu di beritahu hasrat di hati, atok dah tahu dah. Maklum lah atok ni kan bomoh berteknologi. Tadi SU atok dah brief dah email yang kamu hantar tu. Gambarnya pun atok dah print.”

“Jadi tok, sebelum kita mulakan, boleh saya tahu berapa pengerasnya.?”

“La, tak da ke dalam web page atok. Apelah SU ni. Makan gaji buta ke apa. Tak berkat gaji.”

“Tak pe tok, atok santau je dia.”

“Ish tak elok camtu. Bukan sape pun, bini atok juga. Bini no 3. Mungkin lagi muda dari kamu. Rugi lah kalau santau awal2. Belum habis getahnya lagi. Hehe”
Ketawa bomoh mail menampakkan giginya yang buruk seburuk gigi Gollum.

“Ok berbalik kepada persoalannya tadi, pengeras ye. Tak mahallah Cuma Rm1000 je. Tapi, memandangkan year end sale, atok bagi discount 30%.”

“hah, mahalnya sampai RM700.”

“Memanglah mahal, supply kurang kan. Kalau tak nak tak apelah.”
Sindir bomoh mail. Marah dia dengan mentality masyarakat sekarang. Semuanya nak murah belaka.

“Err, ada warranty ke tok benda ni jadi. Saya bayar mahal-mahal nanti kalau tak jadi rugilah.”

Tak dapat menahan baran tua nya, Bomoh Mail mula meninggi suara.
“kamu ingat aku ni ape? Telefon Samsung S3, iphone 5? Ada waraanty bagai. Ingat kereta proton ada warranty. Aku ni professional!”

Bentak Bomoh mail sambil mengurut dadanya.
“macam doctor, kau demam pergi amik ubat dengan dia kau ada mintak warranty? Macam lawyer ko kalah kes, kau kena bayar juga kan. Aku pun macam tu. Professional.”

Terkedu Suzie ditengking Bomoh Mail.

“Harap muka aje lawa, tapi bodoh.”

“Tak pelah tok, saya balik dulu.”

“Baliklah, kalau tak puas hati depan tu ada kotak complaint. Tapi borang complaint tu harga dia RM50. Sewa pen RM10.”

“Taka pa lah, saya email je nanti.”


1 comment:

moyu said...

Haha.. garang tol tok bomoh ni. Da la xde bisness. Yg suzie ni pun keliru. Nak men bomoh tp pikir gak psl haram pgg tgn. Mcm2..

Citer ni da ok. Just de salah eja je. Smbngn die sy tggu =)