Saturday, January 28, 2012

Opps!

Lelaki Sejati:
"Aku pelik la makhluk-makhluk perempuan ni. Suka sangat pakai baju dedah sana dedah sini. Dulu mula-mula berkejar-kejar nak tunjuk lurah. Nak tunjuk sape punya paling dalam. Pastu sibuk plak pakai baju yang dedah dari leher ke perut. Dunia-dunia."

Lelaki straight:
"Pelik-pelik pun gambar-gambar tu jugak yang ko google. Video yang camtu jugak ko tengok."

Lelaki Sejati:
"Yang lagi peliknya, diorang suka pakai yang super seksi, kadang-kadang pakai bikini, coli yang tutup puting je. Dengan yakin tayang kat satu dunia. Tapi bila terlondeh nampak puting baru nak cakap opps!. Baru konon-konon buat muka malu. Ape ke kemaluan diorang dari sebesar-besar tetek tu sekarang da jadi kecik cam puting je?"

Lelaki straight:
"Ko ngah tengok video terlondeh-londeh tu ke? Nak join."

Lelaki Sejati:
"Meh la."

Thursday, January 26, 2012

Az-zariyat: 47 = Big Bang Theory

And the heaven We built with Our own powers (aydin) and indeed We go on expanding it (musi'un).1

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.

Ayat di atas merumuskan teori Big Bang yang menyatakan bahawa alam semesta ini bermula dengan suatu letupan dan terus berkembang dari semasa ke semasa.


Tetapi terdapat sedikit perbezaan tafsiran terhadap ayat ini. Jadi sesiapa yang arif dalam bahasa arab tolong bantu. Ada yang menafsirkan seperti di atas dan ada juga tafsiran yang menyebut "Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga."

Wednesday, January 25, 2012

Tidur untuk hidup

Hidup ini memang pelik,
Masa perlu tidur,
Tidaklah pandai mematikan otak,
Menikmati keindahan mimpi,
tapi masa perlu celik,
Tanpa dipinta dipaksa,
Mata memberat memaksa mimpi datang.

Ssungguhnya aku mahu tidur,
Tapi mengapa badan yang letih ini,
Tak mampu pengaruhi otak dan mata,
Agar sama-sama tidur,
Agar esok tiadalah mengantuk,
Agar sekarang tiadalah lapar.

Tuesday, January 17, 2012

Pengorbanan ibu ayah #1

9 bulan kita berhibernasi dalam rahim seorang ibu. Menyedut segala makan minumnya, meminta segala yang diidam, sampai kadang bapak bingung sebenarnya selera anak atau selera bini. Masakan si anak yang belum lihat dunia kenal akan pelan muda. Lagi hairan bila steak daging medium rare yang dipinta saban malam.

Lepas 9 bulan, lahirlah bayi. Dari mana keluarnya bayi tersebut masih lagi menjadi misteri. Tiadalah ibu tersebut bercerita kepada anaknya nanti. Habis tetek ibunya dihisap saban hari. Terpaksa ayah mengalah bersabar kerana anaknya itu teramat suka akan susu ibunya. Tiadalah makanan lain yang dipinta.

Besar pengorbanan ibu dan ayah menghidupkan kita. Dan sebenarnya mereka telah terjebak dalam perjudian paling besar. Mereka berjudi nasib, adakah anaknya ini akan berkorban untuknya suatu hari nanti.

Saturday, January 7, 2012

Apabila Anwar dibunuh

What the fuck... Hari-hari cerita politik, hari-hari cerita politik. Ceritalah blue sikit, ceritalah seram-seram sikit. Contohi mastika. Barulah ada feel nak baca. Contohi metro, barulah stim.

Bentak Hassan pesara perisik agensi rahsia di bawah seliaan kementerian pertahanan Negara suatu ketika dahulu. Walaupun bergelar pesara, beliau tidaklah tua, beliau hanya mengambil skim bersara muda. Melalui skim ini, beliau dapat kurangkan belajawan Negara seterusnya membolehkan kerajaan member subsidi yang lebih banyak kepada rakyat.

Dengan semangat patriotik dan kemarahan meluap-luap terhadap media masa kini, beliau nekad mahu membunuh sistem politik yang hanya ada pada parti. Tak kiralah seteruk mana pemimpin tersebut, yang penting partinya itu perlu menang. Yang penting 2/3 dalam genggaman.

Lalu Hassan merangka ringkas modus operandinnya.

Metodologi: Bunuh

Sasaran: Anwar Ibrahim

Tempat: Mahkamah tinggi Kuala Lumpur

Melalui deduksinya, apabila anwar dibunuh, seluruh penyokong PR akan merusuh. Menuduh ini semua angkara BN. Sudahlah sumpah dipermainkan, mahkamah tinggi juga dicabar. Lalu penyokong BN juga tidak akan berdiam diri. Pastinya bumi Malaysia berdarah lagi. Tragedi 13 Mei akan berulang.

Tapi kalau itulah pengorbanan yang diperlukan untuk membawa rakyat Malaysia maju selangkah ke hadapan. Biarlah Hassan yang memulakannya. Perjalan seribu batu, bermula dengan satu langkah.

+*&*+

9 Januari menjelang. Jalan sesak perhimpunan penyokong anwar berkumpul gah di depan mahkamah tinggi. Sorak sorai meriuhkan lagi kebingitan kota. Sesak sarat menghangatkan lagi suhu persekitaran.

Hassan dengan bakat yang dianugerahkan tuhan dan juga kemahiran yang diperolehinya semasa berkhidmat dalam agensi rahsia bersiap sedia dengan selaras senapang sniper. Dengan teropong dia memusatkan pandangan ke kepala anwar. Jari telunjuk bersiap sedia menarik picu.

Monday, January 2, 2012

Realiti rakyat #1

Pernah juga aku terbaca.
"kalau nak buat blog, surat khabar atau sebagainya popular. Jangan tulis realiti, diari. Tulislah benda-benda yang orang suka baca."

Dulu aku pernah berkata.
"Macam manalah Malaysia nak maju, hari-hari surat khabar cerita pasal politik. Ngata orang tu lah, ngata orang ni lah. Semua orang tak pernah betol, diri sendiri je lah yang betol selamanya."

Kawanku pernah berkata,
"maka telah dewasalah kita, pabila perbualan itu hanya membincangkan soal kerja dan politik semata-mata."

Kerana kebanjiran cerita-cerita hiburan, gosip dan politik di malaysia ni. Aku dapat simpulkan bahawa rakyat Malaysia lebih gemarkan bahan-bahan bacaan tak berpekdah ini berbanding bahan bacaan berbentuk ilmiah. Aku tulis camtu sebab aku pun sama.