Friday, March 13, 2009

PPSMI

1. Saya pun x pasti ape makne bagi PPSMI.

2. Yang saya tahu, sume orang kena belajar gunakan bahasa inggeris. Senang ke susah belajar dalam bahasa inggeris? ni yang saya nak kongsi dari pandangan seorang mahasiswa. haha. saya da kira-kira 12 tahun la blaja. da lalui belajar dalam BM dan BI.

3. Menurut statistik dan keputusan peperiksaan pelajar yang cemerlang akhir-akhir ini, mungkin ramai yang mengatakan bahawa belajar dalam BI lebih berkesan. pada saya bukan sebab BI itu yang menyebabkan eratus lulus cemerlang itu yang meningkat, tetapi adalah budak-budak sekarang memang rajin dan pandai. x kira blajar dalam bahasa ape sekalipun.

4. kenapa saya cakap macam tu? sebab istilah yang diajar tu la yang digunakan. walaupun senang nk jawab dalam BM, tapi da blaja istilah BI. tak kan nk buat bahasa rojak(BR). student pun tau gak nak gune bahasa yang lebih elok.

5. Memang tak dinafikan ramai juga antara rakan-rakan saya dan pelajar lain yang kata lebih mudah belajar guna BI. ini disebabkan mereka pandai BI. bagi pelajar luar bandar khususnya, mereka kurang pandai dalam BI. itu yang menyebabkan mereka lingkup. Namun kalau diteruskan saja sistem ini, saya percaya mereka juga bakal menguasai PPSMI.

6. Saya tidak tahulah, PPSMI ini langkah yang biajk atau hanya 1 proses melemahkan lagi tamadun melayu. Dulu sedikit orang yang tidak percaya pada bahasa melayu, tapi kini bilangan mereka yang tidak percaya telah bertambah. Dulu tidak banyak bahan ilmiah yang diterjemah ke BM sekarang sangat jarang orang terjemah bahan ilmiah.

7. Mungkin tidak lama lagi bahasa melayu hanya di kenali sebagai bahasa warisan sejarah. ia akan menjadi sejarah, sama macam kerajaan melayu melaka.

8. Ingatan kepada semua pihak, terutamanya makhluk yang mengalir darah melayu di dalam tubuh mereka, kekalkanlah bahasamu, walau kemana jua kamu berada. kerana bahasa jiwa bangsa. tanpa bahasa, nescaya lenyaplah bangsa.

2 comments:

DAUD said...

lagi tentang PPSMI.
pergi kat my blog list, click kat che det

Khairul Anuar Mohamed said...

saya juga ada menulis tentang ini..
begitu juga umar..
jadi jengok2 laa kalau rajin ea