Tuesday, March 10, 2009

puteri

Jangan menangis puteri,

Aku juga pernah seperti kamu,

Sedih mengenang waktu suka,

Menangis mengenang waktu tertawa.

Air mata itu lambang ketabahanmu,

Sendu itu ikrar kesetiaanmu,

Namun angin masa akan meniup pergi,

Membawa bayu memelukmu tenang.

Sabarlah puteri menunggu angin masa,

Tabahlah puteri menunggu bayu tenang,

Senyumlah kamu di dalam duka,

Kerna duka itu mengajarmu satu erti.

Bila kau mengerti,

Kau kan lebih cantik,

Kuatkanlah dirimu,

Jangan lagi menangis.


4 comments:

Khairul Anuar Mohamed said...

en. daud..
jgn tulis keseorangan..
tulis dan biar org lain baca..
http://negaraku.net/
join laa mereka yg lain kat sana eh!
teruskan menulis!

DAUD said...

terima kasih en khairul. jika ada kesempatan insyaallah saya join. saya menulis ni untuk suke2 saje. mungkin kalau da banyak boleh la.

Khairul Anuar Mohamed said...

kongsi laa suka-suka tu sama2..
takkan nak suka sorang2 jeh..
hahahaha

Anonymous said...

dlm ruangan yg ko wat khas tuk aku..
ungkapan terima kasih yg x ternilai aku berikan..
atas nasihat, sokongan,panduan aku menghargainya...
tp, sungguhpon ko kate kan ko merasa kedukaan ini, tp ko x membebaninya..
terima kasih kerana cube menyelami kedukaan..
kegembiraan aku x dpat aku kongsi kan bersama kerana dlm idup aku sudah xde kegembiraan , kesukaan sejak perkara tu berlaku dlm diri aku..
kini, aku simpan adalah dendam..
betapa xsempurnanya aku..
aku xtaw sapa aku sekarang..
kenapa mesti nk berdendam...????
adakah aku akan gembira bile tgk dia menderita???
tp aku kesian, kesian sehingga aku sendiri termakan hati, sehingga aku biarkan syg aku membutai dendam ku..
aku sgt lemah..
aku xmampu..
tp aku nk tgk dia menderita mcm mana yg aku alami...
salah kah aku???