Monday, August 31, 2009

MERDEKA!!!

malam ni aku mesej merdeka dari emak. pas2, aku pun reply 'selamat merdeka juga'. pastu aku send lak mesej merdeka kat abah aku n adik2 ku. pastu adik2 aku reply 'MERDEKA!!!', pastu abah aku lak reply 'MERDEKA DENGAN PENUHKAN ILMU DI DADA'. tanpa buang masa aku pun tulis post ni. hehe.

1. mule2 sekali, SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 52 KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

2. hari jumaat ritu, aku g Mid buka pose n bli bendera malaysia. setelah hidup 20 tahun, ni la pertama kali beli. selalu orang bagi je. dan bendera tu aku kibarkan di meja aku. Aku kibarkan kat meja sebab aku selalu tgk cite american, diorg letak bendera US kat meja diorg, cam patriotik. so aku try la.

3. kalau korang ada facebook, confirm ramai rakan2 korang yang wish kat facebook je kan. dalam kita berfacebooking, kita tetap ingat ngan merdeka. cayalah. tapi ada aku terbaca diorang kata kita belum merdeka sepenuhnya. tol ke?

4. malam tadi gak aku tgk documentary bertajuk 10 tahun sebelum merdeka. tgk kat youtube je. try a korng search. n tetibe seorng membe aku masuk dan cakap 'ape tgk sejarah2 ni, boring la. diorg da wat part dia, kite teruskn la wat part kita.' lebih kurang cam tu la. dan aku xtau pe tugas kita nak kekalkan merdeka ni.

5. pe yang aku tau, aku x merdeka lagi, byk assignment ni. ishk2. n aku x merdeka sebab time nak wat asignment series 'how i meet ur mother' melambai2. susahnya saya. tapi ngan azam 1 malaysia, saya nak bgn awal esok. haha.

6. Anyway, selamat menyambut merdeka yang ke 52. jangan lupa tu, 52.

salam 1 malaysia.
UM is One. (haha, dak UM je yg paham kot)

Sunday, August 30, 2009

uuuuu yehhhhh

satu perkataan untuk describe semuanya, sebenarnya tadi da penat menjerit dan melompat2.
k, meh ak bg teka teki,
byk2 setan, setan ape yang x kn rantai time pose?
jawapannya, setan merah.
haha, da la x kene rantai, pastu menang lak tu,
lawan meriam yang xda bom. haha.

walaupun ketinggalan 1-0,
tetapi come back tu sungguh bergaya.
i Like. hehe.

nak tambah lg,
korg kipas2 meriam mesti gembira,
dengan sebutir gol last minit,
tapi hampeh, offside rupenya,
berdebar juga pakcik.
huhu.

xpe, lain kali cube lagi ye.
uuuuuu yehhhhhh

Saturday, August 29, 2009

Ayu(5)

Kau curi hatiku,

Buat hidupku tak menentu,

Tiap masa dilamun rindu,

Pada bayang, suara, baumu.

Kau curi hatiku,

Dan satukan dengan kamu,

Buat aku senang gembira,

Bila senyum tawa terukir duwajahmu,

Buat aku duka lara,

Bila air mata muram mengalir dipipimu.

Kau curi hatiku,

Dan jangan kau kembalikan,

Kerna hatiku bahagia,

Dicuri kamu.


sebab da lame x post kn, aku bg combo. yg bawah tu ngan yg ni. aku da mmg lame x on9, minggu ni byk keje yg tertangguh. korg sume pose tau, jgn ponteng2.

Belum merdeka

Kita belum merdeka,

Masih dijajah dan ketinggalan,

Masih melihat mereka berjaya,

Dan bersorak untuk mereka,

Bersorak sehingga terlupa yang kita masih gagal,

Gagal merancang dan gagal segalanya.

Kita belum merdeka,

Masih dijajah dengan kecangihan,

Bahasa, budaya dan pengetahuan,

Yang sememangnya lebih moden,

Yang perlu diagungkan,

Sehingga terpijak jati diri sendiri.

kita belum merdeka,

tunggu kita mendengar,

wasiat pejuang bukan pengkhianat,

tunggu kita melihat,

diri sendiri bukan mereka,

tunggu kita sedar,

kita satu bukan dua atau tiga.

Wednesday, August 12, 2009

separuh nafas mati

mati, mati dan mati,
saya telah mati dan hidup kembali,
bukan saya mati sepenuhnya,
hanya separuh nafas mati.

separuh nafas bila saya rindu awak,
mati bila lidah saling menikam,
tapi saya hidup kembali,
bila suara merdumu pukul gendang telinga,
bila wajah ayumu dibias kanta mata,
hanya awak yang bisa menjadi,
oksigen saya.

Sunday, August 9, 2009

Arak:Selangor tidak larang

pagi semalam (sabtu 8.8.09) dengan kemalasan g klas law, ak g la gak. tp b4 tu gi isi minyak. n nampaklah tajuk di atas di muka depan utusan. balik je klas buka utusan online. so, ni nak komen sikitla sebagai seorang warga malaysia melayu islam.

1. serius pelik tengok tajuk tu sebab ustaz n ustazah cakap dulu arak ni air kencing setan. haram diminum, kalau keja bawak lori arak pun da leh kira berdosa, lagi la jualkan. dan yang lagi pelik nape selangor tidak larang, sedangkan ramai penduduk beragama islam dan orang yang buat keputusan ni pun islam, menteri besar dia.

2. sebelum korang buruk sangka kat mane2 pihak, meh den terang sikit pe yang den paham. dia tulis "kerajaan negeri meminta semua premis perniagaan, pasar raya dan kedai serbaneka yang menjual arak mengamalkan konsep kawalan sendiri bagi membendung penjualan minuman keras kepada orang Islam dan remaja bawah umur" copy dari utusan online.

3. persoalannya adakah konsep ini berjaya? sedangkan selama dilarang ini pun, ramai je orang islam dan remaja di bawah umur membeli arak. dan dengan yakinnya aku rase ia akan bertambah buruk. kenapa?

4. cube kita perhatikan penjualan rokok. walaupun larangan menjual kpd remaja bawah umur, terlalu ramai pelajar yang berpakaian sekolah membelinya, baik di kedai yang tersorok mahupun di kedang yang terang benderang. dan perkara ini juga akan bakal terjadi kepada penjualan arak, sebab xda penjual islam yang jual arak. yang ada penjual bukan islam.

5. sedangkan ramai orang islam x tau hukum agama, janganlah harapkan orang bukan islam yang ajarkan kita.

6. saya berharap kita dapatlah menjaga keluarga, saudara dan rakan2 kita dan elakkan mereka terjebak dengan air kencing setan ini. saya juga berharap agar ada pihak-pihak yang lebih besar pengaruhnya berjuang terutama yang kata berjuang untuk rakyat, untuk melayu, untuk islam, agar dapat mengelakkan perkara yang mungkin membarah ini nnt.

7. kenyataan yang akan dikeluarkan dibawah bukan nk membangkitkan sentimen perkauman atau politik, tapi pikir je la sendiri.

8. kenapa hari tu ramai yang menyertai demonstrasi pemansuhan ISA, sedangkan ia terang2 ingin dirombak dan dulu masa dia sebok tahan orang melayu xda yang nak mansuhkan, lepas kes hindraf je sebuk sume nak mansuhkan.

9. kenapa pulak bile selangor mengeluarkan undang-undang seperti ini, semua orang senyap atau semua orang nak bereksperimen, tunggu dan lihat kesannya dulu?

10. Adakah warga malaysia melayu islam kini, suka menolong membela nasib rakannya tetapi malas menjaga nasib negara bangsa dan agama sendiri?

11. kalau ya, dalam 10 tahun lagi x mustahil rakyat malaysia melayu islam akan terus merempat di tanah nenek moyang mereka ini mengharap hak istimewa mereka yang mereka sendiri bunuh tuannya (sultan).

Saturday, August 8, 2009

cinta kita

Cinta kita oksigen kita,

Cinta kita nyawa kita,

Tanpa cinta,

Kita separuh nafas mati.

Thursday, August 6, 2009

wasiat raja2 melayu

KUALA LUMPUR 6 Ogos — Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya. Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah :

  • Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

  • Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

  • Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.

    (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Saraak).

  • Saturday, August 1, 2009

    teruslah menyayangiku

    Sejak lahir aku menyusahkanmu,

    dengan susu dan lampin,

    dengan tangisan dan kenakalanku,

    tapi kenapa kau masih menyayangi ku?

    Semakin besar ku semakin menyusahkanmu,

    Ingin baju dan basikal baru,

    Tapi ku campak dan sepahkannya,

    Tapi kenapa kau masih menciumku sebelum tidur?

    Kutinggalkan rumah dan tetap menyusahkanmu,

    Yang perlu mengirim wang setiap hari,

    Tanpa mempedulikan makan minummu,

    Tapi kenapa kau masih pastikan aku tidak lapar?

    Kau selalu ingatkan agar ku rajin belajar,

    Dan dapat keputusan terbaik,

    Tapi aku selalu malas dan bermain,

    Tapi kenapa kau masih tidak berputus asa dengan ku?

    Setiap pertanyaan itu hanya kau yang bisa jawab,

    Tapi aku akan cuba mencari jawapannya,

    Agar aku menjadi anakmu,

    Yang mungkin bisa membalas segala jasa baikmu.

    Sesungguhnya aku amat menyayangimu,

    Walau tidak dapatku lafazkan dengan lidahku,

    Kuharap kau tidakkan pernah jemu menyayangiku.