Tuesday, October 25, 2011

Revolusi Libya

Selepas 42 tahun diperintah Muamar Gaddafi, akhirnya tahun ini rakyat libya, (negara Afrika terkaya) memberontak menuntunt Gaddafi digulingkan dan beliau telah dibunuh dan kini mayatnya dijadikan bahan pameran yang bukan sahaja menjengkelkan, tapi cukup membusuk. Rakyat Libya masih berdendam dengan beliau dan beliau diletakkan sehina-hina kedudukannya.

Gaddafi, jasa dan Libya
1. Memperkenalkan buku hijau. Mengandungi 3 jilid dan jilid ketiga yang mengandungi teori antarabangsa ke tiga adalah teori yang paling popular. Beliau menyeru seluruh Libya mengkaji dan mengikuti ideologi yang di sampaikan melalui buku hijau yang ditulis olehnya sendiri.
2. Segala perbelanjaan pendidikan dan kesihatan adalah free. Selain itu, banyak barang yang disubsidikan, rumah juga murah-murah.
3. Beliau turut mencadangkan bahawa pekerja jangan diberi gaji, sebaliknya diberikan share. Maka jika syarikat untung, pulangan pada pekerja juga banyak.
4. Selain itu Gross Domestic Product (GDP) meningkat sebanyak 10.6% pada tahun 2010. Wiki.
Sila rujuk laporan Libya; A Country Study yang ditulis pada 1987.

Nampaknya banyak juga jasa yang disumbangkan Gaddafi kepada Libya. Tapi kenapa rakyat Libya sangat-sangat membenci arwah. Tambahan lagi kenapa pihak barat turut membenci beliau. Pihak barat dengan senang hatinya melaburkan wang, menghantar tentera bagi memburu Gaddafi yang dikatakan membunuh rakyat Libya. Tetapi mereka tetap membisu, membiarkan bumi palestin di jajah rakan sekutu mereka.

Sebab barat membenci Gaddafi.
1. Barat takut akan keberanian Gaddafi dan idea radikal Gaddafi yang tidak memihak kepada barat. Barat gentar dengan ketegasan Gaddafi untuk menjual minyak menggunakan dinar emas dan memulaukan US dollar serta Pound Sterling.
2. Terdapat khabar angin mengatakan Gaddafi sering memberi bantuan kepada penduduk Palestin bagi berjuang demi tanah air mereka.

Sebab-sebab rakyat membenci Gaddafi.
1. Disebabkan keinginan beliau memperjuangkan ideologi buku hijau tulisnya sendiri, beliau telah membunuh ramai pelajar dan cerdik pandai yang ingin membantah ideologi tersebut.
2. Mungkin juga disebabkan pemerintahan beliau yang terlalu lama dan ada kemungkinan pentadbiran itu akan diserahkan kepada anak beliau, jika mereka masih hidup.
3. Di ambang kebangkitan para pejuang bagi menggulingkan beliau, dengan sewenang-wenangnya beliau membunuh rakyat awam dan pemberontak.

Menang jadi arang, kalah jadi abu.
Apalah nasib Libya selepas ini. Jangan nanti terus dirundung malang dijajah Barat.

3 comments:

Aleen Aiden said...

kesian juga dengan cara kematian die.dahla macam tu,mayat die skarang dbiarkan macam tu je,blum lagi pasti nak dkebumi dmane.haishhh

Duniakuabstrak said...

Kejam macam maman pun dia proses perbicaraan yg adil sepatutnya dijalankan

fadh leyanie said...

mengikut ramalan rakyat Libya akan sengsara di bawah pimpinan barat.