Tuesday, January 17, 2012

Pengorbanan ibu ayah #1

9 bulan kita berhibernasi dalam rahim seorang ibu. Menyedut segala makan minumnya, meminta segala yang diidam, sampai kadang bapak bingung sebenarnya selera anak atau selera bini. Masakan si anak yang belum lihat dunia kenal akan pelan muda. Lagi hairan bila steak daging medium rare yang dipinta saban malam.

Lepas 9 bulan, lahirlah bayi. Dari mana keluarnya bayi tersebut masih lagi menjadi misteri. Tiadalah ibu tersebut bercerita kepada anaknya nanti. Habis tetek ibunya dihisap saban hari. Terpaksa ayah mengalah bersabar kerana anaknya itu teramat suka akan susu ibunya. Tiadalah makanan lain yang dipinta.

Besar pengorbanan ibu dan ayah menghidupkan kita. Dan sebenarnya mereka telah terjebak dalam perjudian paling besar. Mereka berjudi nasib, adakah anaknya ini akan berkorban untuknya suatu hari nanti.

2 comments:

moyu said...

Perjudian dlm menunaikan amanah? Mcm2 kn. Harap diri sendiri xkan lupa n lalai akan tnggjwb.

P/s: saya masih lagi peminat no.1 penulis blog ini

munamuni said...

huhu...boleh tahan