Monday, January 2, 2012

Realiti rakyat #1

Pernah juga aku terbaca.
"kalau nak buat blog, surat khabar atau sebagainya popular. Jangan tulis realiti, diari. Tulislah benda-benda yang orang suka baca."

Dulu aku pernah berkata.
"Macam manalah Malaysia nak maju, hari-hari surat khabar cerita pasal politik. Ngata orang tu lah, ngata orang ni lah. Semua orang tak pernah betol, diri sendiri je lah yang betol selamanya."

Kawanku pernah berkata,
"maka telah dewasalah kita, pabila perbualan itu hanya membincangkan soal kerja dan politik semata-mata."

Kerana kebanjiran cerita-cerita hiburan, gosip dan politik di malaysia ni. Aku dapat simpulkan bahawa rakyat Malaysia lebih gemarkan bahan-bahan bacaan tak berpekdah ini berbanding bahan bacaan berbentuk ilmiah. Aku tulis camtu sebab aku pun sama.

1 comment:

Faisal Rasyid Roslan said...

rasanya x semua rakyat camtuh.ade yg bebetol pentingkan soal politik & masa depan negara cume kdg2 je singgah bace benda x berpekdah. btw, cite bukan safee sali dah habes ke?