Tuesday, February 8, 2011

Pendrive

Cuti panjang sudah berlalu, sekarang perlu start bergelumang dengan ilmu semula. Sekarang juga aku akan merajinkan semula diri ini mengupdate blog, mungkin hari-hari, kalau permintaan ada dan juga idea ada.

Hari ni kita cerita pasal pendrive. Korang mesti tahukan apa kejadahnya pendrive ni kan. Kalau dulu dalam 8 tahun yang lalu, manusia yang ada pendrive ni adalah manusia terkaya kat sekolah. Kalau ada yang 128Mb pun da gantung kat leher, dari pagi bawa ke tidur. Punyalah sayang dan bangganya dia ada pendrive tu. Kalau dulu, sesiapa yang ada pendrive ni je lah yang pandai komputer kat sekolah tu. Dia lah yang buat flash presentation untuk hari guru, hari kualiti, hari sukan, mahupun hari perpisahan. Orang paling pentinglah kiranya. Pendrive tu sumber ilmu. Tapi sekarang, disebabkan dah murah dah jadi sumber lain dah. Lagi-lagi bebudak yang mak bapaknya tak pandai-pandai nak pantau.

Aku pun pernah jugalah merasa beli pendrive 1Gb RM100. korang ada? Korangnya mesti 4Gb RM30 je kan. Apa kelas murah-murah. Haha. Tapi sayangnya pendrive aku tu dah hilang. Begitu je RM100 aku lesap. uhuk2.

Sebagai tanda kenangan kat pendrive aku yang hilang tu, aku buat entry mempamerkan beberapa rekaan pendrive yang pada aku kreatif la juga. Jom cuci mata.
bagi orang yang selalu hilang pendrive, beli pendrive camni. Leh tulis nama no tepon semua skali, tapi kalau dah memang nak kena kebas tak leh wat pape gak.
yang teringin nak diet, jangan beli pendrive ni. Silap-silap pose ganti korang pun tak habis berganti. kalau betul nak diet, contact aku, aku kenalkan dengan kawan herbalife aku. Dah kurus dah dia sekarang ni.
Sesuai bagi membe-membe yang nak berenti merokok.

Last but not least. Pendrive taik. Kalau bagi free kat aku ni, confirm aku amik. pastu gantung kat leher. haha.

Semua gambar aku cilok tanpa kebenaran dari Craziest gadget.

13 comments:

mizahanafi said...

pen drive taik xleh blah! geliiii ak

Duniakuabstrak said...

skrg beli pendrive macam beLi pen je

sahromnasrudin said...

tak senonohla pendrive taik tue..tak patut huhuhhh

Siti Noor Aminah said...

dulu pendrive sgt mahal. terpaksa mintak adik beli kt johor, sbb murah. hahaha.

mie said...

gue suka kumpul pendrive pelik2 ni..
ehheeee

platipus said...

pndrve aku yg hilang bru jumpa...

moyu said...

huhuhu...
watpe nk gntg pendrive 2 kat leher...
nk kn bli2 plak...
gntng yg asal je la...
hahahaha

pendrive first pki dl 256 MB...
skang de lg.. tp da rosak..
huhuhu

HEROICzero said...

btol duh. dulu2 zaman skolah, sapa ade pendrive, peh. pandang tinggi kot. gila budak IT la konon! keh keh keh mcm celaka. skrg neh, sepah2 jek pendrive.

Daud said...

Korang mst ada tragedi msg2 ngan pendrive kn
Haha

± said...

bentuk pendrive semakin menarik

bg yg suka simpan benda2 'ngarut' dlm pendrive, hilang pendrive sama seperti hilang maruah..haha

HEROICzero said...

tragedi, kantoi bila cucuk pendrive untuk presentation Final Year Project, ade plak thumbnail video nakal2. T_____________T

lecturer pandang, muka sinikal gila!

harrazdani said...

aku mula mengenali pendrive zaman univ dulu...better than disket...tp mahal giler zaman tu..satu kongsi 2 orang.

~roslinda~ said...

yg last skali tu,euw!