Tuesday, June 28, 2011

Masa kecik2 dulu

Belas-belas tahun dulu, aku kecik je. Bangun pagi-pagi, main, makan, main, mandi, tidur balik. Masa tu mak aku kerja kat ladang sawit, dari pagi sampai ke petang. Time kemarau memang berbeanglah muka beliau, ada line tudung. Busuk pun boleh tahan juga lah kan, bermandi peluh. Tapi aku tetap sayang kat dia walau tak cakap kat dia.

Disebabkan beliau penat bekerja, aku dan adik sering dipaksa membasuh baju, pinggan, menyapu, lipat baju dan kadang-kadang memasak. Ayat dia senang je, "basuh baju tu, kang mak mati macam mana?" disebabkan takut dan sayang kat beliau, kami pun buat la. Kadang-kadang, aku basuh baju, adik aku yang jemur. Aku tak suka jemur baju, panas, nanti gelap.


Saturday, June 25, 2011

Adik bongsu

Aku tak suka adik bongsu. Sebab:
1. Diorang degil
2. Selalu nak menang je
3. Manja lebih
4. Dan lain-lain.

Berdasarkan pemerhatian aku pada anak bongsu 15 thun ke bawah la kan. Kang cakap yang 15 tahun ke atas ramai plak blogger bongsu marah aku.

By the way, semalam birthday adik bongsu aku. tapi tak wish lagi kat dia. Jap lagi a aku call

Wednesday, June 22, 2011

Memberus gigi

2 kali sehari, cukup tak?

Time mandi pagi and mandi petang. Rasanya dah sangat cukup dah tu. Jimat air, jimat ubat gigi kan. Tapi tiba-tiba aku rasa nak tambah sebelum tidur. Biar 3 kali sehari. Bukan apa, nak praktis awal-awal. Maklumlah, kang kalau dah kahwin, mesti la nak tidur tu ada ringan-ringan kan. Hari-hari nak full performance letih pulak nanti. Jadi bagi mengelakkan mood yang kurang enak, eloklah kita sama-sama praktis, jadikan amalan untuk gosok gigi sebelum tidur. Buatnya keluar bau durian, keluar bau petai, tak ke naye. Kalau bau sambal belacan ok lagi la kot. Feel je kan bau dia.

Tuesday, June 21, 2011

Buta

Kau buat aku buta,
kaulah paling sempurna,
cahaya yang mengisi kegelapan,
kebahagian yang mengisi hidup,
tapi kau membutakan ku,
tiada lagi wanita cantik bagiku,
tiada lagi yang seksi,
tiada lagi yang memberahikan,
selain kamu,

Kau patahkan nafsuku,
dalam ramai menjeling,
melirik memerhati perempuan berbaju bogel,
aku tiada minat,
hanya kau yang aku mahu,
kau yang telah buat aku buta.

Tuesday, June 14, 2011

Kepada bos, bakal bos dan sebagainya

Merujuk perkara di atas, mesti ramai antara korang yang jadi pekerja bawahan bos korang yang tidak berpuas hati dengan beliau. Beliau kedekut la, poyo la, pandai cakap je la, macam haram la, beliau busuk la, x mandi la, datang keje lambat la, dan lain-lain. Panjang sangat nak tulis semuanya.

Jadi aku sebagai wakil korang semua mahu mengadu pada bos-bos di seluruh Malaysia dan dunia. Sebagai orang-orang bawahan, aku mahu menggariskan panduan buat bos.
1. Rangkalah kerja tu elok-elok, jangan suke tukar last-last minit je.
2. Rangka kerja tu elok-elok, jangan nanti office hour kami xda kerja nak buat, dah pukul 430 ptg baru nak suruh over time. Kalau berbayar tak pe, ni kang buat kerja free je.
3. Jadi bos tu tunjukla pandai sikit. Jangan pandai marah je. Kaji dulu situasi betol-betol.
4. Jadi bos tu tolonglah orang bawahan, bagi idea serba sedikit. Jangan bagi masalah je.
5.
dan seterusnya korang la sambung, tak pun lain kali baru aku sambung.

Sunday, June 12, 2011

Ahad suram

Hari ini hari ahad,
yang selalunya ceria,
dengan gelak senyum manja,
tapi hari ini suram,
kerana mendung langit,
dan peristiwa gembira semalam.

Wednesday, June 8, 2011

Roti organ...

Ini semua adalah roti... Seorang pembakar roti @ penggiat seni Thailand yang buat semua ini.
Awesome!!!!!!!!
tapi sebab kan sangat real tetibe rase benda ni sangat bangang.

Ni pun roti ye. Penulis Craziest Gadget tulis, kalau dia dapat roti ni, dia nak pakai malam2. Pastu jumpa orang, dia akan makan roti tu dari dalam, So, orang akan nampak seperti dia memakan muka dia sendiri.

Kalau aku lak ada roti ni. Aku tak makan.

Harap jangan ada yang tertutup pintu selera.

Saturday, June 4, 2011

Mimpilah wei

Rindu la, nak jerit kuat-kuat.

Kenapa pulak? Kan telefon ni speker dia tak rosak. Lagipun kita bukan tengah gayut, kita sms je. Mana saya nak dengar awak menjerit.

Orang tengah serius ni, dia memain pulak. Orang merajuk kang baru tau.

Ala-la, malam ni mimpi saya la.

Awak ingat senang-senang je ke nak mimpi awak.

Senang je, meh saya belikan awak mesin mimpi. Awak taip dulu segala jalan cerita yang awak nak. Kalau otak tu dah beku boleh juga eli cerita online.

Oh, mesin tu ke? Dengarnya sekarang apps dia untuk iphone pun dah ada. Adroid pun baru nak launch.

Oklah, kita jumpa dalam mimpi ye. Nite. Muah2. Luv u bucuk.

Nite. luv u too b.