Tuesday, July 7, 2009

Dr. Ali- keris

Lampu dewan dimatikan, lampu sorot dihalakan tepat dibahagian kiri pentas lalu seorang lelaki berpakaian tuksedo putih keluar seiring dengan pengumuman yang dibuat pengacara majlis. Lelaki tersebut adalah pereka muda yang telah menghasilkan pelbagai inovasi berteknologi tinggi dan telah mengangkat nama Malaysia di mata dunia. Dengan kretiviti beliau juga, syarikat proton telah berjaya mencipta beraneka kereta yang mempunyai teknologi lebih tinggi dari kereta-kereta dari Negara matahari terbit mahupun dari benua eropah.

“Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Malam ini saya akan memperkenalkan ciptaan terbaru saya iaitu sebilah keris.”

Semua mata tertumpu ke arah layar di atas pentas dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada Dr. Ali.

“Keris sememangnya senjata dan simbol bagi rumpun melayu dan bagi masyarakat di seluruh nusantara. Pada zaman dahulu, terutama sebelum kedatangan penjajah, keris sememangnya merupakan senjata yang paling ampuh. Terdapat cerita di mana senjata ini boleh terbang dan sebagainya. Dari kehebatan yang diceritakan itulah saya mendapat ilham bagi mengembalikan kehebatan yang telah lama tidak dipraktikkan.”

“Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, keris ini telah mengecewakan saya, kerana saya tidak berjaya membuatkan ia terbang, kerana saya tidak tahu menteranya dan saya takut ia akan memenggal kepala saya sendiri.”

Seluruh dewan ketawa dengan lawak yang dibuat oleh Dr. ali, namun dia sememangnya serius dengan apa yang diperkatakan. Takut senjata makan tuan.

“Keris ini mengekalkan ciri tradisionalnya iaitu tajam, tetapi selain ketajamannya itu, matanya turut bisa memancarkan pancaran laser membolehkannya menjadi sepucuk pistol. Satu lagi keistimewaan yang saya letakkan pada keris ini tersimpan disarungnya. Sarungnya bukan sahaja cantik, tetapi dibahagian hadapnnya terdapat satu komponen yang menukarkan pancaran laser dari mata keris kepada arus elektrik yang boleh membuatkan seseorang lumpuh selama beberapa minit.”

Para hadirin mula mengeluarkan pendapat masing-masing dan membuatkan suasana menjadi sedikit bising. Tidak kurang juga juru kamera yang berasak-asak menangkap gambar Dr. Ali dan ciptaannya itu. Tiba-tiba Dr. Ali berdehem dan semua hadirin menutup mulut mereka dan para juru kemera berhenti menangkap gambar.

“jangan risau, saya turut melengkapkan keris ini dengan ciri-ciri keselamatan seperti keris ini hanya boleh digunakan oleh pemiliknya. Di mana terdapat satu pengesan cap jari pada hulunya. selain itu…”

Belum sempat dr. ali menghabiskan penerangannya itu, dia memegang lehernya. Sejurus itu juga lampu dewan ternyala menyebabkan semua hadirin menutup mata kerana silau. Ini adalah tindakan di luar kawalan yang dilakukan oleh mata bagi mengawal cahaya yang masuk ke dalam mata. Keadaaan menjadi huru hara dengan pekikan hadirin.

Dr. Ali kini telah rebah di atas pentas, lima pengawal peribadinya mengepung tubuhnya yang tidak bermaya itu dan menghalakan pistol mereka ke kanan dan ke kiri. Tiba-tiba, satu ninja berbaju hitam turun dari bahagian atas bumbung dengan menggunakan tali tepat di tengah-tengah kepungan pengawal berlima tadi. Kelima-lima mereka melepaskan beberapa das tembakan dan mengenai ninja tersebut, lalu ia terjatuh disebelah Dr. ali.

Dalam situasi kelam kabut itu, ketua pengawal memberikan arahan hentikan tembakan, dan salah seorang dari mereka memeriksa ninja yang jatuh tadi. Namun ninja itu hanyalah perangkap, selepas memegangnya, pengawal tersebut terkena renjatan elektrik, lalu lima lagi ninja berpakaian serupa muncul dari bawah pentas. Mereka keluar dari kain hiasan pentas dan meluru ke arah 4 orang pengawal dengan sebilah pedang setiap seorang.

Setiap tembakan yang dilepaskan di tangkis dengan libasan pantas pedang mereka, lalu peluru tersebut dipesongkan ke arah setiap lensa kamera yang berusaha merakam aksi mereka. Dengan kejam mereka memenggal kepala semua pegawal yang melindungi Dr. ali. Seterusnya mereka mengangkat Dr. Ali dan melepaskan beberapa butir bom asap. Mereka hilang disebalik kepulan asap dan yang tinggal hanya seutas tali yang digunakan ninja pertama tadi serta sekeping nota.

***

“Bagus-bagus. Tak rugi aku mengupah kalian berlima’ ‘ninja chow kit’ dengan harga yang begitu mahal. Akhirnya aku berjaya mendapatkan manusia paling berharga di Malaysia ini. Bukannya perdana menteri mahupun Agong, tetapi Dr. Ali yang bakal merealisasikan impian aku menjadi penjenayah paling berjaya di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Dengan menggunakan pelbagai ciptaan berteknologi tinggi bagi mencuri kekayaan tuhan yang diberikan kepada mereka yang lemah dan tidak tahu erti kesyukuran.”

Selepas konco-konconya mengikat Dr. Ali di atas kerusi, Ah Long menarik rambut Dr. ali dan tangan yang lain telah diangkat untuk menampar Dr. Ali. Tetapi cepat-cepat dia melepaskannya. Tiba-tiba sahaja badan Dr. Ali berasap. Tubuhnya bergoncang kuat sehingga tali yang mengikatnya putus dan beliau jatuh dari kerusi tersebut. Ketika itu jugalah sekeping kad melayang dari poket tuksedonya.

“Terima kasih kerana meminjamkan tubuhmu,

sebagai balasan terimalah tuksedo ini.”

-Dr. Ali-

Dengan marah, Ah Long berteriak dan menjerit. Lalu dia berpaling ke arah ninja chow kit upahannya itu. Tanpa berlengah kumpulan ninja tersebut melepaskan bom asap dan ghaib begitu sahaja. Ah Long terus menjerit-jerit melepaskan kemarahannya itu. Sekali lagi misinya untuk menangkap Dr. Ali gagal.


p/s: cerpen ni aku wat time cuti ritu. ngah2 xda idea 2, wat la.

4 comments:

zarf_iera said...

waaa...hbt keris 2.
huhuhu..
lawak siot cter ni.
unsur keris 2 punye la simbol kmelayuan.
ttbe de ninja pulak.
pasni?nk pkai pe la?
power rangers?
huhuhu..

DAUD said...

haha,
ko tunggu,
nnt aku post sambungan dia

Anonymous said...

wa..
x sangka ko pandai wat cerpen
hmm..bagi aku jalan cerita awal-awal tu best
pandai, ada idea
tapi yang last tu cam mengarut jek..
x masuk akal la..
but it's just a beginning
i know daud can do better
ye x?

DAUD said...

x jnj ke beteran dia,
ak hanya mencuba