Tuesday, July 28, 2009

Dr. Ali- mesin masa 2

Peristiwa israk dan makraj yang telah berlaku pada 27 rejab setahun sebelum hijrah merupakan ilham kepada mesin masa yang dicipta oleh Dr. Ali ini. Di dalam peristiwa tersebut, Rasulullah SAW telah menaiki buraq iaitu binatang syurga dan di temani malaikat jibril dan israfil ke beberapa tempat yang mulia dan bersejarah seterusnya menuju ke aras Allah.

Melalui peristiwa ini, beliau membuat andaian bahawa Rasulullah dapat bergerak ke pelbagai tempat dan zaman pada satu malam sahaja kerana baginda menunggang buraq dan ditemani 2 malaikat yang diciptakan daripada cahaya. Oleh itu, Dr. Ali merasakan yang manusia biasa juga dapat melakukan pencapaian seperti itu pabila mereka boleh bergerak sepantas cahaya. Melalui teori itulah, Dr. Ali mencipta senapang electron yang besar ini atau lebih mudah dipanggil mesin masa untuk memecut setiap zarah manusia sehingga menghampiri kelajuan cahaya.

Namun belum sempat mesin masa ini diuji, makmalnya telah diceroboh oleh Ah Long dan sebenarnya dia dikhianati oleh pengurusnya sendiri.

“hai Dr. telah lama aku menunggu saat ini, sudikah kau menyertai kumpulan aku?”

“walau kucing bertanduk tiga, tak kan sekali aku menyertai kau si bedebah.”

“Janganlah garang sangat Dr, aku ke sini bukan untuk memberikan pilihan kepada kau, tapi aku ke sini dengan cita-cita murniku. Hahaha.”

“murni kepala hotak nenek kau, kalau kau berhajat sangat, langkah mayat aku dahulu.”

Bagaikan seorang pahlawan, Dr. Ali membuka langkah silat gayung yang diwarisi dari atuknya. Melihat bunga silat yang dipamerkan Dr. Ali, seorang ninja chow kit melompat dan melepaskan tumbukan padu kearah Dr. Ali. Lalu, Dr. Ali menangkap tumbukan itu dan cuba untuk memulas tangan ninja itu. Namun, kekuatan Dr. Ali tidak setanding jiak dibandingkan dengan ninja yang mungkin pernah menyertai pertandingan bina badan itu. Lalu, tanpa disedari satu lagi tumbukan mengenai tepat rusuk Dr. Ali.

Satu erangan yang kuat keluar dari mulut Dr. Ali menggambarkan kesakitan yang amat sangat. Mujur dia sering mengambil makanan yang seimbang dan cukup kalsium, jadi rusuknya tidak patah. Namun tumbukan tadi cukup menyakitkan sehingga air liur Dr. Ali berjijiran ke atas lantai. Dengan muka yang menyeringai, dia menyapu air liur yang melimpah didagunya dan melompat tinggi ke udara dan bersedia melancarkan tumbukan balas.

Tetapi pergerakannya yang besar itu mudah dibaca oleh ninja yang kerap berlatih. Dengan mudah tumbukan itu dipatahkan dan satu hantukan ke dahi Dr. Ali dilepaskan. Sekali lagi Dr. Ali terjatuh. Namun kali ini dia tidak mengerang, sebaliknya dengan pantas dia menendang betis ninja tersebut, menyebabkannya hilang imbangan. Apabila ninja jatuh disebelah Dr. Ali, dia mencucuk mata ninja tersebut dan bingkas bangun.

Ninja tersebut turut bangun, namun dia masih menggeleng-gelengkan kepalanya bagi mengurangkan kepedihan dimatanya. Dengan mata yang masih merah, ninja tersebut melepaskan tendangan kilas tepat ke muka Dr. Ali. Dengan spontan dia terus menepis tendangan itu dan menumbuk keras kemaluan ninja tersebut menyebabkan ninja itu terbaring mengerang kesakitan sambil memegang anunya yang mungkin bengkak. Kali ini, ninja tersebut tidak mampu lagi menahan kesenakan itu dan hanya berbaring mengerang kuat.

Bunyi pedang samurai ditarik dari sarungnya bergema di makmal tersebut dan dengan larian yang pantas ninja kedua menghunus pedangnya ke leher Dr. Ali. Namun, kepantasan ninja tersebut tidak setangkas gerakan tangan Dr. Ali, dimana pada masa itu dia telah membaling sebatang spanar hidup dan mengenai pergelangan tangan ninja tersebut. Lalu, pedangnya terjatuh dan ketika dia ingin mengutip pedang tersebut, Dr. Ali terlebih dahulu menendang muka ninja tersebut, lalu ninja kedua itu turut terbaring memegang mukanya.

Tiba-tiba mesin masa terpasang dan ia menghasilkan satu pusaran angin yang kuat di dalam makmal tersebut. Rupa-rupanya, ninja kedua tadi terjatuh tepat di atas suis mesin masa. Pusaran angin itu sangat kuat, sehinggakan semua kertas-kertas di dalam bilik tersebut beterbangan dan disedut ke dalam mesin masa. Semua yang berada didalam makmal itu bagaikan ditarik ke dalam mesin masa. Tiada seorang pun di antara mereka yang Berjaya melarikan diri. Arus pusaran itu memaksa mereka ke dalam mesin masa dan Dr. Ali sendiri tidak pasti adakah mereka akan hidup jika termasuk dan dipecutkan oleh mesin masa tersebut.

“teeeekaaaaaaan baaaaaliiiiik suuuuuuuuiiiiiiiiiiiiiis tuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Teriak Dr. Ali. Tetapi kerana gementar dan gelabah, ninja kedua tadi menekan suis tersebut dengan pedangnya yang tajam. Tindakannya itu bukan mematikan mesin masa, sebaliknya menyebabkan suis tersebut rosak dan pusaran angin bertambah laju. Mereka kini ditarik lebih kuat ke dalam mesin masa yang memiliki tekanan yang lebih rendah dari makmal tersebut.

Dr. Ali sendiri tidak tahu apa yang hendak dilakukan lagi. Dia kini hanya memejamkan mata dan berdoa agar dirinya selamat melalui apa juga perkara yang bakal berlaku sebentar nanti.

4 comments:

moyu said...

suspen ni...
huhu

yana naya said...

hebat gler...
lg skali wat saspen ah cite neh...
saba2...

zarf_iera said...

hahaha...sempoi plus bangang la cte ni.hahaha

DAUD said...

haha,
sambungan dia aku xtau bile nk tls,
n lg xtau bile nk post,
x sempat a, byk benda nk study

study ke??????? huhu