Thursday, July 30, 2009

kongsi gelap?

1. beberapa hari ni, aku terbaca paper online yang menyatakan ada segelintir ahli politik yang di taja kumpulan kongsi gelap bagi melindungi kegiatan mereka.

2. entahlah, nak percaya susah, x percaya pun susah. tapi ada bukti. pusat2 judi dan hiburan tumbuh bagai cendawan selepas hujan di sekitar selangor dan ibu kota. (betol ke bukti tu?).

3. x kesahlah diorg ditaja kongsi gelap ke, kongsi terang ke. ada aku kesah? memangla x amik pusing sangat kalau keadaan masih aman, tapi bagi mereka2 yang sedar dan tahu kebenarannya tolong la wat sesuatu sekarang. xkan time da x aman baru nak wat something. da x guna da mase tu.

4. tapi tetibe aku teringat kat cine hindustan n cina(hong kong kot). banyak gak la yang menceritakan pemimpin dan polis bersekongkol dengan kongsi gelap atau sarip dol ni (samseng kg dusun). dari cite tu aku tengok, situasi seperti ini amat berbahaya.

5. ia bukan saja membahayakan kongsi gelap tu, tapi masyarakat setempat. sebab pemimpin itu terpaksa bekerja dan tunduk pada mereka. kalau diorg jd pemimpin yang sebenar, diorg kena bekerja untuk rakyat dan rakyat kn hormat diorg. baru seimbang.

6. buat penutup bicara, cewah. meh la kita sama2 memimpin diri sendiri, dan jangan biarkan org lain membonekakan kita. kita ada matlamat kita tersendiri dan berusahalah sehabis baik untuk mencapainya.

7. doakan aku dpt 3.5 above sem ni. huhu

Wednesday, July 29, 2009

amoi cantik (khas wat zaf)

Kulit putih gebu tanpa bedak yang tebal,

Kulit licin rata tanpa jerawat batu,

Rambut hitam lurus bagai ‘rebonding’,

Tidak dicacat dengan kelemumur,

Tubuh ramping bagai model,

Dengan baju ketat tanpa lengan,

Seksi sekali,

Oh amoi cantik,

Gadis idaman hatiku.

Ku dekati ku damping,

Ingin berkenalan,

Agar rapat dan bisa mungkin bercinta,

Tapi belum cukup rapat,

aku terlihat rambut ketiaknya,

lantas hilang gadis idamanku,

hilang juga selera makan ku.

Oh amoi cantik,

Kenapa kau berrambut ketiak panjang?

mari baca

1. mari baca artikel tangan asing dan penipuan karangan faizal tehrani di http://tehranifaisal.blogspot.com/ dan artikel kaki dalam kasut karangan Dr. M di http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/07/kaki-dalam-kasut.html#more

2. kedua-dua artikel ini menceritakan situasi sebenar yang berlaku di malaysia dan dunia. diharap dengan artikel2 ini dan puisi di bawah, kita dapat menjana jati diri dan meninkatkan usaha agar lebih berjaya dan mengelakkan dari ditindas.


Ratapan

Kesian bangsaku,

Dulu dikata pelupa,

Betul-betul lupa,

Semuanya lupa nak beringat,

Bahasa hampir tergadai,

Nanti raja pula yang menghilang.

Bangsaku lupa bangsaku melatah,

Bangsanya lupa bangsaku ingatkan,

Bahasaku kuno ku tolak tepi,

Bahasanya berdaya saing ku junjung tinggi,

Bangsaku takut dikata pemecah perpaduan,

Bangsanya pijak rajaku, ramai menyokong.

Kesian bangsaku,

Dah lah pelupa,

Bisu pula tu,

Lama-lama tidak bertuan

Tuesday, July 28, 2009

Dr. Ali- mesin masa 2

Peristiwa israk dan makraj yang telah berlaku pada 27 rejab setahun sebelum hijrah merupakan ilham kepada mesin masa yang dicipta oleh Dr. Ali ini. Di dalam peristiwa tersebut, Rasulullah SAW telah menaiki buraq iaitu binatang syurga dan di temani malaikat jibril dan israfil ke beberapa tempat yang mulia dan bersejarah seterusnya menuju ke aras Allah.

Melalui peristiwa ini, beliau membuat andaian bahawa Rasulullah dapat bergerak ke pelbagai tempat dan zaman pada satu malam sahaja kerana baginda menunggang buraq dan ditemani 2 malaikat yang diciptakan daripada cahaya. Oleh itu, Dr. Ali merasakan yang manusia biasa juga dapat melakukan pencapaian seperti itu pabila mereka boleh bergerak sepantas cahaya. Melalui teori itulah, Dr. Ali mencipta senapang electron yang besar ini atau lebih mudah dipanggil mesin masa untuk memecut setiap zarah manusia sehingga menghampiri kelajuan cahaya.

Namun belum sempat mesin masa ini diuji, makmalnya telah diceroboh oleh Ah Long dan sebenarnya dia dikhianati oleh pengurusnya sendiri.

“hai Dr. telah lama aku menunggu saat ini, sudikah kau menyertai kumpulan aku?”

“walau kucing bertanduk tiga, tak kan sekali aku menyertai kau si bedebah.”

“Janganlah garang sangat Dr, aku ke sini bukan untuk memberikan pilihan kepada kau, tapi aku ke sini dengan cita-cita murniku. Hahaha.”

“murni kepala hotak nenek kau, kalau kau berhajat sangat, langkah mayat aku dahulu.”

Bagaikan seorang pahlawan, Dr. Ali membuka langkah silat gayung yang diwarisi dari atuknya. Melihat bunga silat yang dipamerkan Dr. Ali, seorang ninja chow kit melompat dan melepaskan tumbukan padu kearah Dr. Ali. Lalu, Dr. Ali menangkap tumbukan itu dan cuba untuk memulas tangan ninja itu. Namun, kekuatan Dr. Ali tidak setanding jiak dibandingkan dengan ninja yang mungkin pernah menyertai pertandingan bina badan itu. Lalu, tanpa disedari satu lagi tumbukan mengenai tepat rusuk Dr. Ali.

Satu erangan yang kuat keluar dari mulut Dr. Ali menggambarkan kesakitan yang amat sangat. Mujur dia sering mengambil makanan yang seimbang dan cukup kalsium, jadi rusuknya tidak patah. Namun tumbukan tadi cukup menyakitkan sehingga air liur Dr. Ali berjijiran ke atas lantai. Dengan muka yang menyeringai, dia menyapu air liur yang melimpah didagunya dan melompat tinggi ke udara dan bersedia melancarkan tumbukan balas.

Tetapi pergerakannya yang besar itu mudah dibaca oleh ninja yang kerap berlatih. Dengan mudah tumbukan itu dipatahkan dan satu hantukan ke dahi Dr. Ali dilepaskan. Sekali lagi Dr. Ali terjatuh. Namun kali ini dia tidak mengerang, sebaliknya dengan pantas dia menendang betis ninja tersebut, menyebabkannya hilang imbangan. Apabila ninja jatuh disebelah Dr. Ali, dia mencucuk mata ninja tersebut dan bingkas bangun.

Ninja tersebut turut bangun, namun dia masih menggeleng-gelengkan kepalanya bagi mengurangkan kepedihan dimatanya. Dengan mata yang masih merah, ninja tersebut melepaskan tendangan kilas tepat ke muka Dr. Ali. Dengan spontan dia terus menepis tendangan itu dan menumbuk keras kemaluan ninja tersebut menyebabkan ninja itu terbaring mengerang kesakitan sambil memegang anunya yang mungkin bengkak. Kali ini, ninja tersebut tidak mampu lagi menahan kesenakan itu dan hanya berbaring mengerang kuat.

Bunyi pedang samurai ditarik dari sarungnya bergema di makmal tersebut dan dengan larian yang pantas ninja kedua menghunus pedangnya ke leher Dr. Ali. Namun, kepantasan ninja tersebut tidak setangkas gerakan tangan Dr. Ali, dimana pada masa itu dia telah membaling sebatang spanar hidup dan mengenai pergelangan tangan ninja tersebut. Lalu, pedangnya terjatuh dan ketika dia ingin mengutip pedang tersebut, Dr. Ali terlebih dahulu menendang muka ninja tersebut, lalu ninja kedua itu turut terbaring memegang mukanya.

Tiba-tiba mesin masa terpasang dan ia menghasilkan satu pusaran angin yang kuat di dalam makmal tersebut. Rupa-rupanya, ninja kedua tadi terjatuh tepat di atas suis mesin masa. Pusaran angin itu sangat kuat, sehinggakan semua kertas-kertas di dalam bilik tersebut beterbangan dan disedut ke dalam mesin masa. Semua yang berada didalam makmal itu bagaikan ditarik ke dalam mesin masa. Tiada seorang pun di antara mereka yang Berjaya melarikan diri. Arus pusaran itu memaksa mereka ke dalam mesin masa dan Dr. Ali sendiri tidak pasti adakah mereka akan hidup jika termasuk dan dipecutkan oleh mesin masa tersebut.

“teeeekaaaaaaan baaaaaliiiiik suuuuuuuuiiiiiiiiiiiiiis tuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Teriak Dr. Ali. Tetapi kerana gementar dan gelabah, ninja kedua tadi menekan suis tersebut dengan pedangnya yang tajam. Tindakannya itu bukan mematikan mesin masa, sebaliknya menyebabkan suis tersebut rosak dan pusaran angin bertambah laju. Mereka kini ditarik lebih kuat ke dalam mesin masa yang memiliki tekanan yang lebih rendah dari makmal tersebut.

Dr. Ali sendiri tidak tahu apa yang hendak dilakukan lagi. Dia kini hanya memejamkan mata dan berdoa agar dirinya selamat melalui apa juga perkara yang bakal berlaku sebentar nanti.

Monday, July 27, 2009

Ayu(4)

Aku bukan seorang hakim,

Yang layak menghukummu,

Aku bukan seorang juri AF,

Yang layak mengkritikmu,

Aku bukan seorang yang sempurna,

Yang layak memintamu menjadi sempurna,

Aku hanya seorang lelaki,

Yang mencintaimu,

dan dambakan yang terbaik,

untuk kita dari kita.

Ku tahu kita tak kan pernah menjadi sempurna,

Ku tahu kita tak kan pernah bisa puas,

Ku tahu kita punyai kelemahan hakiki,

Dan ku tahu, yakin serta pasti,

Kita kan sama-sama saling melengkapi,

Kita kan sama-sama saling memahami,

Kita kan sama-sama menjadi kekasih,

Sehingga maut memisahkan kita.

Sunday, July 26, 2009

selesema dan batuk

1.selesema adalah bile hidung anda berhingus,batu pule bila anda terbatuk a. huhu.dan bile batuk, kadang2 ada kahak. kahak dan hingus rasenya benda yang sama, cume tempat berbeza.

2. kahak berada di tekak dan hingus di lubang hidung, kedua-duanya berwarna hijau dan adalah lendir yang sangat likat. ketumpatannya juga mungkin sangat tinggi. mereka juga akan menyebabkan rase yang sangat tidak selesa. sungguh tidak best bile selesema dan batuk.

3. harap2 lendir ini cepat pergi meninggalkan diriku dan rakan2ku yang lain.

Saturday, July 25, 2009

time kasih

hari ini ada beberapa membe aku masuk kosmo futsal. diorang dapat 2nd place,
tapi bukan tu yang aku nk cite,
yang aku nk cite ialah, diaorg belanja aku n kwn2 yg lain.
best2.

time kasih buat rodi dan syahman.
lain kali g masuk pertandingan n menang lagi e,
nnt leh blanje kitorg lagi. huhu

Friday, July 24, 2009

matahari

Semalam dan kelmarin,

Kau sembunyi di balik awan,

Dan kau menyamar di celah jerebu,

Kembalilah bersinar,

Membelaiku hangat,

Agar aku hidup girang,

Tersenyum sepertimu.