Friday, July 30, 2010

jangan panjat memanjat, bahaya.

tadi lepas sembahyang jumaat, aku pergi makan kat cafe kolej 12. siap makan nak gerak pergi kelas la. tapi sungguh hairan kenapa ramai sangat berkerumun memandang ke atas kat sebelah klinik 12th tu. aku ingat ada orang nak terjun bangunan. nak juga tengok drama camtu depan mata kan. tapi tak ada apa-apa pun kat atas sana. pastu aku pun merapatkan diri dengan manusia-manusia di sana. baru la tau cerita sebenar. katanya ada budak jatuh dan meninggal dunia kat situ. Innalillah wa innailaihirajiun.

aku tak nampaklah mayat dia, sebab diorang da selimutkan mayat tu. dan aku juga tak amik gambar pun. saksi cakap, budak tu budak pasum. dia nak cross balkoni. mungkin sebab tertinggal kunci. tak nak buat assumption banyak sangat, sebab aku tak nampak, takut silap lak. just pengajaran dia, biar lambat asal selamat. lagi satu jangan lah berani sangat, biar gayat asal selamat. tak pun pakai safety harness.

1 lagi kisah panjat memanjat. nama budak ni fikri (bukan nama sebenar). jangan tiru macam dia. bahaya!! budak ni masih kecik, baru 2,3 tahun je kot. aku pun tak ingat. dia ni suka panjat grill pintu. panjat grill tu da memang satu kesalahan. yang lagi bersalahnya dia ni sebab dia dengan yakin merebahkan badan ke belakang. mengharap mak cik, pak cik or atuk nenek dia sambut. bahaya doh.

kalau aku jumpa budak fikri ni, aku ikat dia kat grill tu. biar dia trauma dengan grill. haha.

3 comments:

moyu said...

de plak nk ikat bdk2 kat grill..
leh jd kes dera 2...
x b'tauliah tol...
huhu

takziah kepada family bdk yg meninggal 2...
t'kejut bl dgr td...

DAUD said...

tu la pasal,
terkejut gak td tgk org kerumun ramai2,

mane ada dera,
tu care mendidik.
haha

ZerOne01 said...

uh aku pun terkejut dgr td. Ingat memain ja budak2 ni. Apapun takziah kpd keluarga mangsa. Al-fatihah.