Sunday, October 24, 2010

menara warisan merdeka, 100 tingkat

menara warisan merdeka ada 100 tingkat. wow, hebat2. mesti leh jadi kebanggan macam KLCC.

inilah persektif pertama aku bila dengar berita ni, tapi tak tahu pulak pasal kenapa mengapa dan bagaimana ada orang yang membangkang pembangunan menara ni.

1. mula-mula terpikir juga kenapa, maybe sebab mereka rasa dari buat menara baik bagi kat aku je duit tu. 5 bilion tu. kalau bagi sorang seribu wat modal MLM pun masyuk pe.

2. tapi selepas membaca sikit-sikit, cerita sikit, dengarnya 5 bilion tu bukan duit kerajaan mahupun duit najib. tapi duit PNB. dan PNB yang dengan suka hati nak wat menara tu.

3. so aku pun ok jela. kalau da dia nak buat, buat je la. kalau dia tak buat pun tak da nya dia nak sedekah kat aku duit tu.

4. tapi 1 je la, niat najib nak bangunkan negara, nak jadikan menara tu tempat berniaga bumi dan non bumi. kalau jadi nanti tolonglah bagi sikit modal untuk aku berniaga kat sana ye. jangan rancang baik punya, nanti da jadi, kita gak merempat kerja makan gaji je kat situ. contohnya, KLCC. berapa banyak kedai & ofis orang melayu, tapi berapa banyak pulak pekerja makan gaji melayu.

andai ku salah betol kan, andai kau salah, jangan malu nak betol kn.

6 comments:

Afiq said...

Ood,

Maybe ko berminat nak baca post ni.

http://thoughtstreasuretrove.blogspot.com/2010/10/if-i-were-entrusted-to-mastermind-mega.html

Member aku tulis. And in fact, situation yang die tulis dlm part last sekali pasal "Tiger-Isle" happens 80-90% of the time bila aku berkenalan dengan org kt sini. Bukan aku je, tapi aku percaya all Malaysians here would agree.

I am just wondering on how effective would all the office lots be used once the tower has been built. Rent is one issue, one big issue actually. Twin Tower that we have now, average rent per month for office, at least 100K per month. That's a lot of money to be spent. Belum masuk utilities expenses lagi. There are still lots of vacancies lagi kt KLCC, and ko rasa berapa byk lagi vacancies yg akan avalaible after building another 100 storeys? And kalau biar kan vacant, macam mana dgn maintenance fees?

Even Dubai yang Gross Domestic Product (GDP) is way higher than Malaysia pun, dah ade problem dengan Burj Al-Arab yang baru je siap. http://yhoo.it/dpOrBg Yes, those are real estates/apartments, but prices die pun 'suitable' la for individual expenses. And price KLCC right now pun 'suitable' la for companies. Yet, say 150K per month for rental+utilities, what about per year?

And speaking of creating jobs, here is another link yg interesting jugak to be pondered upon, pasal increasing economic status jugak. It's about microfinance (loan kecik2 untuk org gune start buat business). Think of it this way; Tolong emak/ayah or parents, then parents boleh support anak, anak boleh improve lagi lepas tu. And those will continue not just in short term, but could be passed through generations. Kalau create kerja selepuk time construction tu je, berapa lama tahan duit selepuk tu? Hurm, from there, how many people could we help from the 5billion then?
http://www.ted.com/talks/jessica_jackley_poverty_money_and_love.html

Let's think ahead of time for our new generation since tak lama lagi, kita yang naik atas :)

DAUD said...

bapak panjang,
kesimpulannya, patut buat ke x? huhu

amyliz said...

ktne bnde ni nk dletakkan ek?

Muhammad Tarmizi bin Kamaruddin said...

@amyliz: berdekatan dengan Stadium Merdeka dan Stadium Negara, sila rujuk peta ini http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/23/business/7276793&sec=business

@DAUD: buat sajaaa, saya sokong sepenuhnya... rindu projek Mega, kali terakhir Putrajaya, SMART tunnel... nak lagi, nak lagi,one more, one more,... again, again, again...

Muhammad Hilmi said...

bagi aku x kesah la diorg nk wat menara 2....dulu masa mahadir suggest nk bina KLCC ramai jugak yang bangkang....cakap sia-sia lah, membazir lah, baik bagi sedekah lah....tp bila dh siap, nah satu dunia mula kenal malaysia....berduyun2 pelancong datang, ekonomi malaysia naik sbb pelancong ramai datang kl nk tgk KLCC..hotel2 mewah tumbuh bagai cendawan di ibu kota....dalam kes menara 100 tingkat ni aku rasa okay aper, al least KL ader satu lagi benda baru yg best....hehee....harap2 menara ni kalo buat nnti boley menyumbang kepada negara.....amiiiiinn

Anonymous said...

Saya bangkang projek ini sebab...

takde alasan yang munasabah disebalik idea ini. Nak bantu bumi dan nonbumi berniaga? Tolong lah...

Projek mega yang lepas pun banyak pembangkang, walopun berjaya, kenapa nak ulang sejarah? KLCC jadi icon Malaysia cukup la. Ni nak sampai 100 tingkat, larat ke kita nak naik lif sampai tingkat 100? Sila ambil kira tekanan udara di kawasan tinggi.

Ambil kira juga tapak pembinaan Menara ini. Bukan stadium je ada, Sekolah pun ada. Jadi nak bina bangunan ni yang dijangka siap pada tahun 2015 sambil menganggu pelajaran bebudak sekolah?

Takde guna nak buat projek Mega lagi. Baik buat projek mega untuk kebajikan. KLCC ada pun orang luar negara masih tak tahu Malaysia kat mana. Orang luar melancong bukan nak tengok bangunan canggih (ntah2 kat tempat diorang dah banyak, tak heran dah)

Perlu diingatkan juga... manusia berlumba2 nak bina bangunan pencakar langit tu tanda2 hari kiamat. Sebagai orang Islam, Najib patut tahu tapi... haa.