Saturday, October 2, 2010

sambal belacan


siapa tak tahu sambal belacan? rasanya semua orang tau dah.
siapa tak suka sambal belacan? lantak koranglah, yang penting aku suka. tapi sambal belacan ni ada 2 jenis. 1 yang pekat dan satu lagi yang cair. aku suka yang pekat tu. nak makan kena colet dulu baru campur dalam nasi. pergh... tetiba keyboard aku basah dah kena air liur yang meleleh ni.

tapi kan, aku selalu dapat sambal belacan yang pekat, yang dicolet-colet tu hanya di rumah. kat kedai makan jarang dapat, semua sediakan yang cair je. tak masyuk.

cuba bayangkan, nasi panas yang berasap-asap lagi. ikan kembung goreng yang masih garing dan ulam kacang botol. korang colet sikit sambal, cubit ikan tu dan patahkan sikit ulam tu. gaul mereka bersama, lalu tiup-tiup sikit masukkan dalam mulut. pergh, bapak sedap gile. pastu korang kepedasan plak. haha.

dah pedas-pedas tu, amik pulak air teh o suam. minum sambil buat bunyi, slurp-slurp. pedas sambal tu berlawan dengan panas teh o. hasilnya, pedas pun hilang, sangat selesa. hoho.

the best and the worse part adalah membasuh tangan. ni pengalaman aku la, orang lain aku tak tahu. selalu bau belacan ni amatlah harum. kadang-kadang dah basuh pun masih berbau lagi. tapi aku suke je, nanti duduk-duduk leh bau. best ooo.

oh sambal belacan... nak sambal belacan...

11 comments:

moyu said...

gi tumbuk sendiri sambal belacan...
bkn ssh pun...
hahahaha...
br td ayu mkn smbl belacan ngan ulam...
huhuhu

Muhammad Tarmizi bin Kamaruddin said...

...lagi pedas lagi bagus, masuk pun pedas, keluar pun pedas, hahaha...

...capati atas kasi sapu, depan pun sapu, belakang pun sapu, hahaha...

DAUD said...

moyu>> pergh geram je, makan sorang2 kan.

mizi>> ada e orang makan ngan capati?

LUMUT said...

sedapnya sambal belacannn...

thanx utk komen kau diblog aku..

jika kau puny abahgaia itu skrg...peliharalah

gulagulahacks said...

buat gua mengidam jugak, =)

Robot | Sakti said...

sambal tempoyak pom sedak jugak :)

rase lapar je mlm ni.
aishhh

+____+

DAUD said...

haha,
memang tu tujuan aku,
nak bagi korang semua terliur.

moyu said...

kat umah ni sumer de...
sumer jenis sambal...
belacan, tempoyak....
ckp je...
hahaha

Muhammad Tarmizi bin Kamaruddin said...

entahlah, tak nak ambil berat dan tak nak ambil tahu pasal capati sebab capati tak berapa nak sedap, rasa tawar-tawar kering, tak macam roti canai...

missSenget said...

susahkn jmpe smbal belacan yg pekat..
boring je..hrp kn kt umah jek~~...

mizahanafi said...

daud,
ak belaja makan sambal belacan kat kmm.kalau x,jgn harap ak nak makan.hahaha.tp bg ak yang pekat lagi best kan?hee:)