Sunday, October 31, 2010

kalau aku dah boring

kekemasan seketika, kemas ke?

multi purpose,
siang jadi langsir, mlm jadi selimut,
ada sesape nak sedekah ke?
orang johor panggil selimut, gebor.

good morning

good morning pe nya kalau terbangun kul 4 pagi, baring-baring sampai boring tapi otak ni degil tak nak tido. cam haram. kalau time aku form5 ke matrik ke, larat gak la nal qiamulail, ni da usia dewasa ni, keimanan kurang. iskh2, semoga Allah berikan nur dan hidayah.

cerita popular, malam tadi dan pagi ni mesti pasal kelantan vs negeri sembilan. walau negeri sembilan bermula cemerlang, tapi kelantan gak yang menang. hambik lah korang menang. tapi disebabkan match malam tadilah, ramai orang terlupa seketika EPL. so, update sikit, Man u menang ye 2-0 ke atas tottenham. team lain aku tak dulik.

masa baring-baring tadi terpikir yang aku ni da tua tapi duit tak da. duit tak masuk, kuar je hari-hari. ada orang kata duit tak pernah tidur, camnelah nak buat duit aku tu tak tido ye. kan best kalau duit aku tu leh main kawen-kawen, beranak. haha, leh aku guna anak2 en duit tu.

Saturday, October 30, 2010

review red












































Retired
Extremely
Dengerous

bapak besar poster, haha, google bagi. semalam aku pergi nonton cite ni. best o, cite aksi tapi kelakar. kalau korang ngah stress pergilah tengok cerita ni. leh la korang melepas kan stress. aku jamin. kalau korang rase lebih stress bila tengok cite ni, sila minta duit dari kaunter wayang tu, jangan minta dari aku.

so aku bagi 7 bintang dari 10 la. enjoy your weekend.

Sunday, October 24, 2010

menara warisan merdeka, 100 tingkat

menara warisan merdeka ada 100 tingkat. wow, hebat2. mesti leh jadi kebanggan macam KLCC.

inilah persektif pertama aku bila dengar berita ni, tapi tak tahu pulak pasal kenapa mengapa dan bagaimana ada orang yang membangkang pembangunan menara ni.

1. mula-mula terpikir juga kenapa, maybe sebab mereka rasa dari buat menara baik bagi kat aku je duit tu. 5 bilion tu. kalau bagi sorang seribu wat modal MLM pun masyuk pe.

2. tapi selepas membaca sikit-sikit, cerita sikit, dengarnya 5 bilion tu bukan duit kerajaan mahupun duit najib. tapi duit PNB. dan PNB yang dengan suka hati nak wat menara tu.

3. so aku pun ok jela. kalau da dia nak buat, buat je la. kalau dia tak buat pun tak da nya dia nak sedekah kat aku duit tu.

4. tapi 1 je la, niat najib nak bangunkan negara, nak jadikan menara tu tempat berniaga bumi dan non bumi. kalau jadi nanti tolonglah bagi sikit modal untuk aku berniaga kat sana ye. jangan rancang baik punya, nanti da jadi, kita gak merempat kerja makan gaji je kat situ. contohnya, KLCC. berapa banyak kedai & ofis orang melayu, tapi berapa banyak pulak pekerja makan gaji melayu.

andai ku salah betol kan, andai kau salah, jangan malu nak betol kn.

Saturday, October 23, 2010

Adolf Hitler berkata















gambar copy paste dari fb,
sila baca link bawah ni juga.

bangun pagi

kenapa ramai orang perempuan kata dia takut nak tengok cermin lepas bangun pagi?
pada aku ok je pe? hot and seksi je pe.
tapi janganlah sampai air liur basi penuh satu muka.
tu memang buruk la.

mungkin rupamu aku tak kesah,
tapi baumu yang akan ku pengsan. haha.

Sunday, October 17, 2010

selamat pagi

Embun yang gugur malam tadi,
masih segar berkilau di celah rumput,
dan kau yang tetap bersama aku,
masih tidur di sebelah sana,
dengan penuh rindu,
aku kirimkan kata cinta.

mungkin esok embun tiada,
namun pasti cinta kita sama,
masih segar di ruang hati,
dan kau kan tetap bersama aku,
masih tidur disebelahku,
dengan penuh rindu,
kan kucupkan kucupan cinta.

selamat pagi sayang.

Saturday, October 16, 2010

manchester united vs west bromwich

gua tak kira,
man u kena score gol gak malam ni,
at least 2 goal,
kalau tak aku xnak sokong man u da.
gua tak kira sapa score,
van der sar ke fergie ke?
yang penting ada gol.

Sunday, October 10, 2010

Einstein syiah? biar betol!!!


















ni lah pak cik einstein, kenal kan? dia ni memangt terkenal dan genius dulu, sekarang da mati da orang tua ni. teori dia yang paling terkenal, tu E=mc2. bapak senang nak ingat. lecturer aku pernah kata, equation yang pendek2 ni la yang tepat, equation yang panjang nak mampus tu, lum tentu dia betol.

back to einstein story. di petang yang damai ini, aku pun berblog walking. tetibe singgah la aku ke blog faisal tehrani. dengan teruja aku baca entry einstei pun syiah dan juga lagi kesyiahan einstein. sebenarnya aku kurang paham, tapi malas nak kaji bebanyak, sebab kang sibuk study pasal einstein, esemen aku lak yang ke parit.

jadi aku harap pembacaan dan penulisan tak seberapa aku ni, leh menjana kerajinan aku untuk mendalami ilmu alquran yang sebenarnya penuh dengan ilmu2 yang engineering dan lain2. aku je yang dah makin lama makin malas nak ngaji. hish pe nak jadi ni.


PMR sedang nazak...

haha, g mati lah kau PMR. dah nazak da sekarang, menteri da cakap da, jangka hayat ko tinggal 5 tahun je. 2016 nanti da ganti dengan yang lain.

aku setuju dan suka kau nak dibunuh. cam kejam je bunyi e. haha.

aku bukanlah cakap PMR tak bagus, bagus gak sebenarnya. tapi aku rasa kita perlu tukar format. jangan jadikan budak2 tu sumenya nerd. negara kita ni tak perlukan nerd2, kita perlukan pemikir2 kraetif, contohnya bloggers. haha.

aku harap nanti format baru yang ganti PMR tu leh la jadikan pelajar kita kreatif dan kritis. selain itu, dapat hasilkan gak pelajar yang berani ke depan, bukan hanya perut kedepan.

anugerah pelajar terbilang hari ni, aku bg kat mak cik bawah ni.
gambar makcik zaidah dan anaknya siti hawa,
baru grad, dpt 3.7+,
sumber google.

mak cik ni, selama 3 tahun duk kat U jaga anak dia yang sakit ni. mak cik, you are so awesome. membuat aku teringat kat mak plak.

10,10,10,10,10,10

rasa macam dibesar-besarkan sangat benda ni. jadi aku disini ingin mengecilkan nombor 1 dan 0 ini.

xda pape pun yang korang nak kecoh sangat, lainlah kalau korang yang kawen, kalau bukan korang yang kawen, baik korang bangun pagi gosok gigi cam bese je. xda pape pun probnya.

bagi peminat-peminat iphone tu mungkin patut truja la. sbb membe aku si peladang apple kata, ada jailbreak iphone keluar esok. walau aku minat ngan iphone, tp xda org nk bagi. so malas aku nak amik port.

last but not least, janganlah korang menggelabah sotong ye dengan 10,10,10,10,10,10 tu esok. relaks sudah.

Saturday, October 9, 2010

sofea jane by black

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Chorus
[ Sofea Jane lyric found on www.lirik.my ]
Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Ulang Chorus 2X

copy paste dari sini


Saturday, October 2, 2010

sambal belacan


siapa tak tahu sambal belacan? rasanya semua orang tau dah.
siapa tak suka sambal belacan? lantak koranglah, yang penting aku suka. tapi sambal belacan ni ada 2 jenis. 1 yang pekat dan satu lagi yang cair. aku suka yang pekat tu. nak makan kena colet dulu baru campur dalam nasi. pergh... tetiba keyboard aku basah dah kena air liur yang meleleh ni.

tapi kan, aku selalu dapat sambal belacan yang pekat, yang dicolet-colet tu hanya di rumah. kat kedai makan jarang dapat, semua sediakan yang cair je. tak masyuk.

cuba bayangkan, nasi panas yang berasap-asap lagi. ikan kembung goreng yang masih garing dan ulam kacang botol. korang colet sikit sambal, cubit ikan tu dan patahkan sikit ulam tu. gaul mereka bersama, lalu tiup-tiup sikit masukkan dalam mulut. pergh, bapak sedap gile. pastu korang kepedasan plak. haha.

dah pedas-pedas tu, amik pulak air teh o suam. minum sambil buat bunyi, slurp-slurp. pedas sambal tu berlawan dengan panas teh o. hasilnya, pedas pun hilang, sangat selesa. hoho.

the best and the worse part adalah membasuh tangan. ni pengalaman aku la, orang lain aku tak tahu. selalu bau belacan ni amatlah harum. kadang-kadang dah basuh pun masih berbau lagi. tapi aku suke je, nanti duduk-duduk leh bau. best ooo.

oh sambal belacan... nak sambal belacan...

cinta 2

cinta itu hukum newton ke3,
perlu ada cinta yang sama nilainya,
pada arah berlawanan,
kita miliki cinta sama nilai,
aku cinta kamu,
kamu cinta aku.


Friday, October 1, 2010

review magika


dari 10 bintang, aku bagi 5 bintang je.

dia best sebab
1. dia muzikal 1st kot yang orang malaysia buat. (yang aku tengok la).
2. dia punya latar tempat memang cun. cantik giler. i like.
3. pelakon perempuan dia best2. contohnya, maya karis jadi puteri bunian), syarifah amani n aleeya (bawang putih bawang merah), vanidah imran (mahsuri), ziana zain (nenek kebayan), raja azura (mak andeh), adibah noor (mak bawang), ning baizura (putri gunung ledang). ada lagi kot yang tak tersebut. pelakon laki pun not bad, tapi xnak sebut. cam gay je. haha.
4. merujuk senarai nama dan watak kat atas, cerita ni memang mengunpulkan banyak cerita rakyat kat malaysia. siap ada naga lagi. tapi moyu cakap, naga tu bukan naga asia. camne dia tau tu kena tanya dia. dia memang ada minor naga. haha.

dia tak best pulak sebab
1. banyak sangat nyanyi dan semua lagu bergenre kru. jadi sesiapa yang memang membenci lagu-lagu kru, dinasihatkan jangan tengok magika ni. ada orang sebalah aku ritu, telinga berdarah, mulut bernanah. tak berenti bising, nyampah asyik nyanyi je.
2. ni punca utama aku letak cite ni 5 bintang. sebab, pelakon utama perempuan dia adalah diana danielle. lain kali guna pelakon perempuan lain ye. huhu.

lagi cerita magika, klik sini.
pergilah tengok ramai-ramai kalau nak tengok filem malaysia genre baru.
janganlah pergi, kalau korang nyampah nak dengar lagu kru yang stereotaip tu.