Tuesday, November 30, 2010

power giler barcelona



power giler barca. dia ayam kan je real madrid. 5-0 tu.
aku rasa barca team terkuat a kat plenat ni sekarang. haha.
bulan satu nanti korang dah tak payah beli mana-mana player baru dah. dah kuat dah tu.

award dari cik siti mashitah



terima kasih memilih aku sebagai top komenter. harap ko (siti mashitah saidin) dan juga orang-orang lain sudi-sudilah komen kat blog aku gak.

Saturday, November 27, 2010

spender singapore

design of the year.
merah menyala, dihiasi bulan dan bintang. sememangnya, bulan dan bintang tidak dapat dipisahkan. posisi bulan sabit itu juga sangatlah strategik. nampak gagah. haha.

player polo air singapore mempamerkan uniform mereka.
walaubagaimanapun, pemimpin singapore rasa terhina,
jadi mereka mungkin tukar spender lain ataupun berbogel sahaja.

ps: jangan ada yang wat ngan bendera malaysia, kang x pasal-pasal masuk ISA.

Friday, November 26, 2010

hingus dan kahak

persamaan
1. hijau
2. likat
3. penyakit
4. geli

perbezaan
1. hingus kuar ikut hidung
2. kahak kuar ikut mulut.

persoalan
1. adakah hingus dan kahak tu benda yang sama atau lain?
2. korang nak tengok gambar hingus dan kahak?

pergilah yang hijau likat ni, datanglah semangat kerajinan...

Thursday, November 25, 2010

1 selesai, lagi 4

aku tau la korang da habis exam. tapi nak wat camne aku baru start, dan bukan permulaan yang baik....

jadi dari cerita kisah sedih aku baik cerita kisah sedih orang lain...

caller:
hai encik DJ. boleh tak nak melepas kat sini?

DJ:
hah! melepas. melepas apa? kalau geram leh la, kalau lepas benda lain jangan.

caller:
kenapa pulak jangan? da saya duk kat dalam jamban ni.

DJ:
la, yeke? camtu pergilah penuhi tuntutan alam tu dulu, pastu call balik ye.

caller:
eh, xpe2. biar saya lepas geram dulu. nanti barulah leh berak ngan aman kan.

DJ:
ok, cepatlah, kang tercirit pulak awak.

Caller:
k, saya ni nak amik SPM, ada exam biologi nanti. susah la nak ingat jantung, hati segala tu. mansuhkan jelah exam biologi tu. kan bagus kalau exam fizik je 3 minggu. barulah best.

DJ:
haha, suka-suka hati kau je e. nak buat macam mana, dah ko daftar biologi tu. blaja je lah, bio biol ko belaja. haha.

semua di atas aku ubah kecuali dialog caller yang last. haha. sesungguhnya aku tensen ngan exam tadi dan nervous untuk exam lelain. doakan aku selamat jiwa raga ye.

Wednesday, November 24, 2010

stop child abuse

sesal pendera

api yang dulu marak,
kini telah padam,
tinggalkan kayu yang terbakar,
menjadi abu dan debu,
begitulah amarah,
yang dulu marak,
kini telah padam,
memadam ikatan,
meninggalkan dendam.

dulu kau ku penjara,
ku ikat di pokok kerangga,
ku pukul dahan segala,
ku cucuh api bara,
ku cemuh dengan kata-kata,
agar kau tahu siapa berkuasa.

tapi kini aku terpenjara,
senyum kendur tawa hambar,
berteman tangis hiba,
dan esak panjang,
sendiri disini,
mengenang sejarah darah kita.

entry ni dibuat untuk join kempen stop child abuse.
pada aku, penderaan yang paling aku rasa teruk sekali adalah penderaan mental. contohnya budak-budak yang hari-hari kena maki hamun. mungkin orang tak nampak, tapi ia berikan kesan yang mendalam pada bebudak tu.



unicef

Tuesday, November 23, 2010

productivemuslim.com

saya sedar saya bukan muslim yang produktif. semoga hari ini lebih baik dari semalam.
pergi web productivemuslim.com gak ye rakan-rakan. ambil lah apa-apa yang berguna.

Tuesday, November 16, 2010

selamat raya haji


jangan sedih ye. aku nak balik kampung jap, jadi blog ini akan berxcuti jugalah.
credit pada adik aku,
gambar ni dia amik masa june 2009,
gambar kawan-kawan dia juga.

award


telah memaksa aku menerima anugerah ni. apakah maknanya?
biar anda sendri membuat penilaiannya.

Monday, November 15, 2010

rawak

i
ramai yang bertanya,
bagaimana nak setia?
jawapnya satu,
jangan fikirkan masalahnya,
fikirkan cara penyelesaian.

ii
aku suka bila orang berpacaran,
tapi tak menuduh bila ikatan itu putus,
aku pasti mereka ada alasan sendiri,
dan mereka sendiri sebenarnya tak inginkannya.

iii
mulut dan minda anugerah agung,
bisa jadi cinta,
bisa jadi benci,
gunakan ia sebaik mungkin,
agar semua terima hikmahnya.

Sunday, November 14, 2010

malaysia 0 - 3 china

malaysia vs china, bola sepak piala asia. giler apa 3 kad merah. bongok nya ref... argh... marah aku. siap ada 5 kad kuning lain pulak tu, mampu 0-3 je la. nasib layak gak pergi pusingan kedua.

kad merah 1> dapat sebab sengaja sepak bola keluar padang... cam ayam bertopeng babi ref itu.
kad merah 2> kapten tanya, napa bagi kad merah 1, dapat kuning, tanya lagi kenapa dia dapat kuning, hambik kau lagi 1 kuning. so merah.
kad merah 3> langgar manja gitu pun leh jatuh? leh dapat kad?

tapi aku bagi pujian la, dari minit 24 sampai 61, main 8 orang + 1 keeper, still leh maintain 0-0. pasni korang masuk 2nd round, aku tak harap tinggi la. dengan injured + 3 kad merah. sapa lagi nak main. pastu lawan iran lak tu esok petang. pasrah...


baru jumpa video. tengoklah ref tu bagi kad, macam bagi bisnez card je.
kad merah 1. x patut.
kad merah 2 lagi x patot.
kad merah 3. bagi penalti boleh, tapi tak payah merah kot. bukan tackle ganas pun.

Saturday, November 13, 2010

boring lagi

aku tau dah ramai yang dah habis exam. tapi aku lum start exam lagi. jadi meh la study ngan aku. haha.

pastu kita makan pisang mutan ni pulak ye.

yang ni gambar hiasan je. harap2 jangan ada yang gatal2 wat seks, konon nak release tensen. tapi kalau dah memang korang tu degil cam syaitan. pakailah kondom, agar tak ada bayi terbuang.

finally, selamat maju jaya buat mereka yang lum exam, dan selamat bergembira buat yang dah merdeka.

semua gambar aku cilok dari win.failblog.org

Friday, November 12, 2010

gigit kuku punya cerita

ditakdirkan pada satu jumaat yang redup, sedang khatib membaca khutbah jumaat yang memberatkan mata. aku terpandang seorang budak sedang khusyuk menggigit kuku beliau. tapi kuku yang beliau gigit bukan kuku biasa, kuku itu adalah kuku ibu jari kaki beliau. kagum aku tengok kesungguhan beliau.

lalu aku try, leh tak kaki aku sampai ke mulut.

Thursday, November 11, 2010

banting orang

korang pernah tak jadi budak-budak? mestilah pernah kan, even benjamin butang yang lahir berbadan orang tua pun berpikiran budak-budak.

kisah ni kira-kira berbelas tahun dahulu, time aku darjah 1. masa tu pengaruh tv sangatlah hebat. macam cerita gaduh-gaduh tengok. dari jackie chan sampailah ke power rangers aku layan. sailor moon pun layan gak. haha. (tapi tu darjah 1 ke?)

tengok punya tengok, adalah beberapa cerita ajar cara-cara membanting orang, bukan membanting tulang saja, dengan orang tu terus kita banting. tak paham banting macam mana. tengok gambar.
nilah aksi membanting yang aku try nak tiru. haha

satu hari tu aku dengan semangat ingin mencuba yang tinggi, suh member aku diri belakang aku. lalu, tangan beliau aku ambil dan ketiaknya ku letak di atas bahuku. hiyaek... dengan bergaya aku menarik tangan dan membanting beliau.

gedegang.... bunyi kepala bertemu simen. haha. beliau control je mula-mula, pegang kepala dan buat muka kepam. beberapa ketika selepas itu beliau menjerit menangis. haha.

sori ye en. beliau. aku dah lupa dah siapa mangsa tu. tapi sori sangat-sangat, ingat dia landing badan dulu cam dalam cerita, sekali landing kepala la pulak. nak buat macam mana, aku tak expert lagi masa tu. haha. sekarang tak tahu la pulak, dah tak cuba buat lagi selepas peristiwa itu.

CONTEST MIMIK MUKA MENARIK


nilah first contest yang akan aku join,

cik cikin yang comel (kena lah amik hati penganjur kan, haha)
dengan ini saya pertandingkan gambar dibawah.
nama gambar ni
rindu sampai nak mati,
haha.

cik cikin bagi saya menang tau, sebab....
kerinduan itu bisa cetuskan tsunami,
tsunami darah yang bergelora,
yang akan membunuh diri sendiri,
mungkin dengan hadiah mesteri,
tsunami itu akan reda,
dan bisa menyelamatkanku,
dari terus rindu dan mati.


last but not least,
aku tag rimba sakti, Ein dan juga rodi.

Wednesday, November 10, 2010

jentik jentik makan apa?

anak: mak, mak... apa benda dalam kolah ni. anak ikan ke?

mak: tu bukan ikan tu jentik-jentik.

anak: jentik-jentik? macam mana dia boleh jentik orang mak?

mak: nama dia je jentik-jentik, dia tak jentik orang pun. ni sebenarnya anak nyamuk. nanti dia da besar dia jadi nyamuk la. pergi bunuh cepat. kalau jentik-jentik aedes leh jadi demam denggi nanti.

anak: jap, saya pergi amik ubat nyamuk ye. tapi boleh ke bakar dalam air?

mak: la, tak payah guna ubat nyamuk, tangkap, buang je dia. kalau nak lagi berkesan pijak2 dia nanti tau.

anak: ok-ok.

sambil menilik-nilik jentik-jentik yang telah dicurah ke atas lantai bilik air, si anak menggaru-garu kepala nya yang berambut penan itu.

anak: mak, jentik-jentik ni makan apa a? macam mana dia boleh hidup kat dalam kolah ni. mak ada letak makanan ikan e. patut lah makanan ikan cepat habis. rupanya jentik-jentik ni makan.

mak: mana ada mak bagi jentik-jentik tu makan. mak bagi kamu je makan jentik-jentik tu. selalu termasuk dalam air yang mak masak. haha (gelak jahat).

lalu kepala otak aku kabur dan cerita ni pun habis. haha.

review ESTET


poster estet
filem tamil by mamat khalid

estet by mamat khalid.... citer tamil. dia berjaya wat citer tamil, sama berjaya cam dia wat citer hitam putih (kala malam bulan mengambang).

bak kata cinta hatiku. "banyak-banyak citer mamat khalid, ni lah citer dia yang paling tak logik".
pada aku ok je, just sebab dia ni citer real life, so susah la kita nak menerima benda mengarut yang dia wat tu. tapi keseluruhannya best la. lawak dia tetap bodoh.

pelakon paling aku rasa bagus adalah rosyam noor. sindrom down tol dia dalam citer ni. watak paling kesian pulak adalah watak aru dilakonkan oleh arumugan. malang sungguh watak dia.

finally, aku bagi lah 5 bintang. memang citer ni kurang bagus compare magika, tapi kalau korang leh terima idealogi mamat khalid, pergilah tengok.

tunggu sekejap by hujan

suka lagu ni hujan nyanyi. ingat tadi lagu baru dia, rupanya nyanyi balik je. tapi best gak.

Thursday, November 4, 2010

kalau berpacaran

lirik kalau berpacaran

[Sohaimi Mior Hassan]
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
[smartiesmanis.blogspot.com]

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

[Ana Raffali]
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

ulang chorus 2 kali

best lagu ni, lirik power, muzik pun seswai, suara setan tu pun menjadi habis.


jersey malaysia baru

semalam tertengok berita, terdengarlah pasal pelancaran jersey malaysia yang baru yang akan mula dipakai pada sukan asia nanti. cari-cari akhirnya jumpa gak kat blog ideas.

nilah dia jersey malaysia yang baru,
aku tak minat sangat design dia,
yang lama lagi garang, lagi nampak gagah.

jersey malaysia lama.
garang dan gagah kan.
kuning dia tu mengancam.

iklan jersey yang lama.
patriotik sungguh iklan ni,
last sem selalu tengok iklan ni time balik kerja,


Monday, November 1, 2010

mana awak?

awak kat mana?
kenapa tak cari sari saya?
kenapa tinggal saya sorang-sorang?
kenapa biar saya tanggung semua ni sendiri?
dah lama awak pergi,
tak ada kat sebelah saya,
dalam mimpi pun awak tak datang,
saya rindu tau.

tapi saya tahu,
awak pun rindu saya,
dan saya saja tulis macam di atas,
nak biar awak tambah rindu kat saya,
sebab saya benci tapi suka merindui awak.

3 budak bodoh

ada 3 budak tak berapa bodoh tapi selalu dipanggil bodoh.

budak bodoh 1:
babilah kawan dengan kau ni. dulu poiter aku 3.8 maintain je. skang da jadi 3.5. marah mak bapak aku tau.

budak bodoh 2:
tol, ko ni cam khinzir kawen ngan hanjing. akulah satu-satunya harapan mak bapak aku. kawan dengan kau ranking aku consistent 2 dari belakang.

budak bodoh 3:
aku tahu korang marah kat aku, tapi ni semua bukan salah aku mahupun salah korang. yang penting korang kena ikut naluri, kata hati kau. serlahkan bakat kau.

budak bodoh 1:
senanglah kau cakap, kau tu genius.

budak bodoh 2:
entahnya, kau makan pe la agaknya kan jadi pandai camni.

budak bodoh 3:
ni bukan soal genius mahupun makanan, ni soal bakat. soal takdir, aku memang ditakdirkan pandai. harhar. tak sebenarnya, korang kena dengar alam semester berkata pada korang, pastu muhasabah diri sendiri, dan buat keputusan sendiri. pastu tawakal.

budak bodoh 1:
macam mana?

budak bodoh 2:
entah, macam mana? dah ni je yang aku leh buat.

budak bodoh 3:
bodoh 1! kau tu sebenarnya nak jadi potograper kan? yang masuk U belajar engineering tu kenapa? sebab tu kau tak pandai2. sebab kau tak minat. sebab hati kau tu sebenarnya nak kahwen ngan kamera. dah, jangan belajar engineering, meh amik gambar aku yang tuff ni.

budak bodoh 2:
dah tu aku? aku rasa aku tak da bakat lain dah. sebab dari dulu aku memang top student. kira aku ni memang nerd and top student lah dulu. sekarang je dah bongok. rasa tertekan sangat, sebab semua, satu kampung berharap kat aku.

budak bodoh 3:
ha, tulah punca ko jadi bongok. buang perasaan stress tu. belajar untuk kepuasan diri sendiri. belajar kerana ilmu. oklah aku nak gi nyanyi jap ngan awek aku. meh la join.

yes, powe giler aku olah skrip dalam cite hindustan yang aku tengok petang tadi. ni tengok kat komputer e, takda kat tv mahupun wayang. bukan tadi. tajuk dia 3 idiots. best2, aku suka. kagum,kagum. dia leh jadi bidan guna vacum cleaner je. sape-sape lum tengok lagi, gi lah cari dan tengok. mungkin leh bagi semangat untuk korang terus hidup. haha.

last but not least, jangan bunuh diri bila stress study k. letak gambar parent korang dalam dompet or hp. stress sangat tengok gambar diorang dan pikirkan reaksi diorang kalau korang bunuh diri. kalau tak da gambar parent, letak lah gambar awek. haha. tapi awek solehah la, jangan awek seksi. nanti lain yang jadi.