Wednesday, February 20, 2013

Air terjun

Honda civic fiore silver dengan kelajuan 110km/j menghala ke Selatan tanah air, dengan tujuan serampang 2 mata. Pergi untuk bercuti lalu membawa pulang kekasih hati yang belum dimiliki. Dari tol sungai buluh ke tol kulaijaya melalui lebuhraya utara selatan, mereka berempat sempat bersembang serba sedikit.

Mula dengan Esah yang memujuk semua orang untuk singgah ke Johor Premium Outlet (JPO). Ada brangan berjenama dengan diskaun pelbagai. Ok juga tu, semua sepakat nak pergi walau semua tak berduit. Cuma pergi cuci mata dan hanya pergi bila balik nanti. Kalau pergi sekarang, dah terbeli itu ini, takut hilang ditengah jalan. Tambahan lagi bila balik nanti mesti dah penant dan dah kurang rambang matanya.

Lepas tu ternampak segerombolan manusia-manusia kaya yang berkonvoi motosikal berkuasa besar. Yang perempuan mulalah cerita pasal laki dauk siti nurhaliza dan yang lelaki mula berangan menunggang satu dibonceng awek berbontot besar.

Tak sampai seremban tiba-tiba semuanya senyap tak terkata, Tinggal Dani si pemandu kereta yang gagah. Yang lain dah bantai tidur dengan mulut ternganga.

...

Berkat redbull 2 tin, minyak berharga RM50, sampailah mereka di Air Terjun Kota Tinggi. Kalau dulu nak masuk tak payah bayar, sekarang dah kena bayar. Entah apa tujuan dia minta bayaran pun tidak siapa yang mengetahuinya.

Memang segar dan nyaman suasana di air terjun ni. Meriah dengan pengunjung yang berbilang bangsa. Dari pintu masuk mereka berjalan sampai lah di bawah kaki air terjun yang paling tinggi. Dengan tenaga keupayaan yang dijana oleh ketinggian batu batan, air menderu-deru terjun dengan gagah beraninya. Mereka memilih lokasi tersebut untuk bermandi manda. Nampak seperti sedikit dalam di situ.

"So malam ni kita semua tidur kat mana Husin? Hotel depan tadi tu ke?"

"Hmm aku ingat lagi best kalau kita camping je."

"Haahlah, kan best kalau camping, barulah lagi feel."
"Tapi kita ada bawa ke khemah semua?"
"Tu lah, orang sibuk berkemas barang keperluan awak sibuk pilih baju. Kan dah tak tau. Ada ni khemahnya. Tinggal nak pcak dan pasang je."

Husin angguk sahaja. Dia sebenarnya bukan kisah sangat dengan feeling-feeling ni. Dia lagi kesahkan duit dia yang didapatkan secara percuma dari bapa tercinta.

"Betul ke korang semua nak bercamping je? Air terjun ni keras tau."
Kata Suzie sambil tersengih.
"Tak payahlah nak takutkan orang pulak."
Sanggah Husin.

"Keras ke tak tu aku tak tau lah. Tapi ada mitoslah pasal Air Terjun Kota Tinggi ni. Dulu ada seekor ular yang sangat besar kat atas bukit ni. Di sekitar air mata air sumber mengalirnya air terjun yang sejuk dan menyegarkan ni. Ular tu tidak lah mengganas, sebab dia hidup hanya didalam sebatang pokok sebesar 3 pemeluk lelaki dewasa. Makanannya pulak hanyalah burung-burung yang singgah bertenggek di puncak pokok tersebut. Demi mengelak dari dikesan manusia dan mungkin malas, dia hanya duduk bermastautin di dalam pokok tersebut."

Khusuk semua mendengar sambil separuh badan duduk dalam air menggeletar kesejukan.

"Lalu pada suatu hari, pokok di mana habitat ular gergasi itu ditebang. Semasa ditebang itulah darah memercik, memancut. Ular itu turut ditebang."

"Mengarutlah."
"Dah nama pun mitos. Normallah tu. Tapi mungkin juga kot. Hutan ni macam dara je lagi. Macam masih tebal, tak diteroka. Redupnya pun bukan main, langsung tak rasa hangat mentari."

"Kau ni orang Kota Tinggi ni ke. Mana kau tau cerita ni. Ke google je. Tak pun baca blog budak Kota Tinggi yang IQ nya tak tinggi?"
"Ada pulak cakap macam tu. Aku ni keturunan orang Kota Tinggi lah. Atok aku yang cerita. Dia sebenarnya keturunan ke-6 Laksamana Bentan. Bapak aku keturunan ke-7 dan aku keturunan ke-8. Mungkin aku keturunan pertama Laksamana Bentan yang jejakkan kaki ke Kota Tinggi ni. Keturunan pertama sampai ke 7, tak boleh lepas dari jambatan sungai Kota tu. Kalau tak muntah darah."

Semua terkesima. Tak tersangka daulat sultan yang selama ini disangka hanya mitos tahyul, benar-benar dipercayai dan ada kesannya. Sebenarnya Suzie pun sangsi dengan dakwaan daulat sultan itu, sebab dia tak pernah melihat depan mata yang pakcik makcik atuk neneknya ke kota tinggi dan mati muntah darah. Hanya cerita yang disampaikan dari satu mulut ke satu mulut, dari generasi ke generasi.

"Ok, aku tak nak camping." Esah bersuara.
"Hmm, Suzie macam mana?"

"Lagi bagus tidur hotel kot. Lagi selesa."
"Oklah dah majoriti nak tidur hotel. Jom lah."
Terpaksalah Husin mengalah, sebab dia juga takut akan ular gergasi. Sesampai sahaja tadi, sewaktu mendaki tangga, dia sendiri sudah bergambar dengan ulat gonggok sebesar lengan. Jadi tak mustahil ada ular yang bersais luar biasa.

"Suzie, ingat deal kita. Kau jangan nak bergembira je pulak ye."
Bisik Husin pada telinga Suzie. Rapat, memang rapat, bagai mahu bercium.
"Ye, I will surprise everyone."
Seusai membalas bisikan itu, Suzie kiss pipi Husin. Berderau darah Jantan husin. Mujur Esah dan Dani tak melihatnya. Kalau tak, pasti mereka cemburu.


2 comments:

moyu said...

tiba2 trase nk pergi air terjun.. haha..

munamuni said...

teringin nak pergi air terjun kota tinggi, tak boleh bawak mknan kan?