Wednesday, February 13, 2013

Esok...

Otak masih lagi ligat berputar pada paksinya, biar mata sudah berat, biar badan lembik tidak bermaya. Solat dan munajat tadi tidak dapat menenangkan jiwa bergelora, mungkin tiada khusyuk atau mungkin hati penuh bintik hitam. Ye, Suzie sedar yang dia hanya ingat tuhan kala diuji tika dalam kesusahan. Kalau dalam senang, sejadah pun dia tak pandang. Biarlah orang nak kata munafik atau apa, dia sudah bosan mendengar kata orang.

Kerana mendengar kata orang jualah dia, dulu dia berjinak-jinak dengar kata syaitan. "Kenapa kau nak hipokrik, hanya ingat tuhan bila susah. nanti orang cakap macam, macam. baik kau konsisten. Bila senang tak ingat tuhan, bila susah pun tenang je lupakan agama. Hidup ni hanya berdasarkan usaha kau. Tak ada maknanya rezeki, berkat bagai. kau rajin, nasib kau baik, di atas lah kau. Kau malas, nasib kau malang, dibawahlah kau." Dulu Suzie begitu, tapi dia kini cuba menjinakkan kembali dirinya ke jalan yang lurus.

Dan sesungguhnya, dia perlu tidur kala ini, sebab esok dia perlu bertemu Dani. Ada hadiah mungkin...

Esok? apa yang dinamakan esok.
Selepas jam 12 tengah malam atau selepas tidur dan bangun semula.
Ada orang cakap kau takkan pernah jumpa esok. Sebab esok adalah hari ini, dan esok lagi adalah hari ini. Sampai bila pun kau takkan pernah bertemu esok...

14 februari 2000
"Esok aku nak jumpa dengan Mila la. First date kitorang. Ko ada apa-apa cadangan tak nak bagi hadiah apa." Dani meminta cadangan dari kawan baiknya.

14 februari 2005
"Esok aku nak study group ngan Lin la. Kau tak yah ikut ye." Dani memberitahu kawan baiknya.

14 februari 2009
"Esok aku nak pergi berkelah dengan Syikin." Dani berkongsi berita gembira.

Dan semua pertemuan itu digagalkan dengan jayanya oleh Suzie. hanya pertemuan tidak disangka dengan Esah, Suzie tidak berjaya menyekat.

Esok biarlah dia berubah, biar tiada siapa tahu dia berubah, biar jadi rahsia dia sendiri.

Dalam lena, telefon berdering,
"Hoi mak cik bangun, dah pukul 945. kan nak jumpa aku."
"Alamak aku terkesiangan."
"Dah agak dah ko mesti lambat punya. Cepat a bangun."
"Ok 5 minit."

...

"So, macam mana?"
"Dia cakap 5 minit, tapi 5 minit dia kira kena darab 6 la. memang teoremnya begitu. Perempuan kalau bersiap, setiap minit perlu di darab dengan 6."






No comments: