Monday, February 25, 2013

Hotel

Kecut jari jemari, gigil seluruh badan. Masing-masing dah mengalah, tak mahu lagi duduk berendam dalam air. Ada yang duduk bertenggek di tepi batu, dan ada juga yang dah berjalan pulang sepertimana pulangnya mentari mengundang malam.

Rombongan Husin, Dani, Esah dan Suzie juga bergegas mendapatkan tandas awam untuk membilas dan mandi manda serba sedikit. Selesai bersolek ala kadar, mereka menuju ke hotel yang terletak bersebelahan pintu masuk ke air terjun. Sebuah hotel tanpa bintang, tetapi mungkin berbinatang terutamanya serangga seperti lipas dan anai-anai.

"Encik, berapa ringgit sebilik."
melihat suasana yang tidak semeriah mana, Husin terus sahaja menanyakan harga bilik.

"Satu malam RM120."

"Boleh guna kad kreadit?"
Husin bertanya sebab dia tidak mempunyai cash, dan barulah bergaya pakai kad. Si penjaga kaunter hanya mengangguk dengan senyuman manis berkumis.

"Nah, saya nak dua bilik ye. Sebelah-sebelah."

"Maaf cik, kad tak boleh guna."

Merah padam muka Husin. Ni mesti sebab bapak dia tak bayar lagi hutang-hutang yang dulu-dulu tu.

"Jap ye cik."
Husin berpaling dan mendapatkan rakan-rakannya yang lain.

"Wei kad aku tak boleh pakai lah. Korang ada cash tak. Kita tong-tong a bayar duit hotel."
"La tak ada duit ke. Suzie pun x bawa duit ni."

"Aku pun tak ada duit. Aku ingat ko fully support."
"Bila Dani tak ada duit, Esah pun tak ada duit la."

"Duit aku memang dah habis. Ni mengharapkan credit card je. Tapi siallah bapak aku. Boleh pulak dia tak bayar lagi. Dah berapa kali dah aku remind kat dia."

"Pe kau ni Husin, tak eloklah cakap macam tu pasal bapak kau. Kan dia dah bersusah payah besarkan kau."

"Kau apa tau Esah. Bapak aku tu berjasa dengan memancutkan sperma dia je ke dalam rahim mak aku. Sejak aku lahir sampai sekarang tak ada pun dia pedulikan aku. Semua mak aku je yang uruskan aku ni tau."

"Apa pulak, bapak kau kan dah berusaha bagi membahagiakan kau. Mungkin dia tak tunjukkan dengan layanan secara langsung. Tapi dia mesti kuat bekerja untuk memberikan kesenangan untuk kau."

"Betul cakap Esah tu Husin. Dulu masa belum dapatkan kau, tiap malam kot dia berusaha. Lepas dah dapatkan kau, lagilah dia kena berusaha kuat. Maklumlah kau kan banyak menhabiskan duit dia je."

"Sudahlah, buat apa nak cakap pasal bapak aku. Sekarang ni macam mana. Nak tidur mana malam ni?"

"Camping je lah."
tiba-tiba Suzie mencelah. Semua menukar titik tumpuan daripada Husin ke Suzie. Dah hilang akal ke budak ni. Tadi dia juga yang cerita mitos pelik-pelik. Sekarang dia pulak yang nak duk bercamping.

"Ala apa nak ditakutkan. Hutan je pun dan aku dah biasa dah. Akukan palapes. Semua makanan askar tu aku dah bawa. Takut-takut kecemasankan."

"Tapi aku takut hantulah Suzie."
Esah menyuarakan kebimbangan utamanya.

"Mana ada hantu dalam dunia ni. Tahyul je semua tu. kalau ada pun tu semuanya jin dan syaitan. Diorang tak kan boleh buat apa-apa punya. Selama aku duk masuk hutan, tak ada apa-apa pun yang berlaku."

"Yelah Esah, mana ada hantu."
Husin mencelah, agar duit dia tak habis begitu sahaja.

"Kalau ada hantu pun kita baca jelah ayat kursi."
Giliran Dani pula mencelah. Walau sebenarnya dia sendiri kurang fasih membaca sepotong ayat yang dinamakan ayat kursi itu. Dia pun tidak pernah tahu kenapa ayat itu mujarab bagi melindungi umat manusia dari segala gangguan syaitan. Yang dia tahu dalam karya-karya ramlee awang murshid, ayat ini sering diangkat sebagai ayat pendiding pada laksamana sunan. Ayat yang dilindungi dirinya dari segala macam kejahatan. Tapi maksud sebenarnya dia pun tak pernah tahu dan belum mahu ambil tahu.

Terdetik lagi dihatinya, mengapa sebanyak-banyak ayat dalam al quran, mengapa ayat itu dipilih sebagai ayat pelindung. Apakah rasionalnya? Dulu pernah kawan Dani menyuruhnya mengamalkan ayat seribu dinar. Dikatakan mampu memurahkan rezeki seseorang. Tapi bila di tanya mengapa, apakah rasionalnya. Dia hanya jawab manalah aku tau, kan dah memang orang ajar macam tu, dan terbukti. Dah ada banyak cerita-cerita sirah yang menceritakan. Ikut sajalah dan bukan semua benda manusia sebagai hamba Allah ni mengetahui. Memang tak perlu difikirkan, takut nanti salah tafsir boleh menggugat iman.

Mungkin ini sebab sebenar kenapa umat islam, lagi-lagi yang melayu ni mundur. Malas berfikir, hanya ikut sahaja dan suka memberi seribu satu alasan. Padahal banyak juga dah cerita-cerita tentang saintis kafir yang melakukan kajian mengenai islam lalu mendapat kebenaran dan diberi hidayah dari Allah. Hanya kita yang lahir-lahir sebagai muslim, mungkin riak dalam tak sedar sehingga terlupa segala tanggungjawab sebagai muslim.

"Hoi apa ko termenung tu. Moh kita naik ke bukit sana, pasang khemah, hari dah nak senja dah ni. Takkan nak buat kerja dalam gelap. Sekarang kita ikut kada komando Suzie. Sebab dia je budak palapes yang kenal dengan suasana hutan."

Suzie hanya tersenyum. Senyum manis yang terukir menyembunyikan hasrat hati yang bengkak membusuk.


1 comment:

moyu said...

stuju ngan 'mls pikir sbb tkt salah tafsir'. rmi yg pikir gini. sdgkn klu kita tau yang tiap 1 perintah atau amalan yg Allah trnkn pada kita itu benar n penuh kebaikan, watpe nk tkt.

sdgkn kajian solat yg diwat n mmg terbukti kebaikannya pun de org masih pertikai lg. kononnya 'x perlu wat sumer kajian ni, mcm mn klu xe kebaikan? kita xnk solat ke?'.

Pemikirn camni kena tolak tepi. klu kita nk maju. klu kita nak org lihat brapa indahnya islam.

btw suka kronologi ni. best. x heavy n ada nasihat terselit. huhu