Wednesday, February 27, 2013

Hantu 2

Erat genggaman tangan Husin, merimaskan Suzie, erat genggaman tangan Esah, menyenangkan Dani. Terkumat kamit Esah membaca ayat kursi yang lintang pukang tajwid makhrajnya, terkumat kamit jugalah Husin membaca bismillah dan juga alhamdulillah. Kalau diteliti bacaannya seperti nyanyian hasyid raihan. "Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah."

Lampu suluh sememangnya berada dalam genggaman Dani, tetapi Suzie tidak membenarkan ia dinyalakan. Katanya takut nanti mereka senang menjadi perhatian. Maka mereka berempat berjalan dibawah sinar rembulan. Cahaya yang dipinjam dari sang mentari yang kini berada di dunia sebelah sana. Malam ini malam ke 15 kalendar bulan, jadi sememangnya bulan penuh dan setiap hantu bagi apa jua masyarakat kaum bumi ini, ketika inilah kebarangkaliaan untuk melihat mereka itu tinggi. Bagi manusia yang percaya dan takut, teruslah takut tanpa mengetahui kebenaranya, dan bagi mereka yang berani, ada yang mencabar dan ada juga yang mencari bagi memenuhkan pengalaman dijiwa.

2 tingkat dibawah tapak khemah mereka, bunyi hilai tawa suara garau tapi makin jelas. Mungkin bunyi itu datangnya hampir dengan tapak khemah paling bawah. Semakin dekat mereka dengan tapak khemah terbawah, semakin jelas dan kuat suara tak diundang itu kedengaran.

Disebalik pohon ara itu akan terlihatlah tapak khemah terbawah, dan ketika itulah angin bertiup menyapa lembut muka mereka, membuaikan rerambut Husin dan Dani, mengibarkan tudung selendang Esah dan Suzie. Angin malam sejuk berembun itu dicemari bau busuk mencucuk hidung. Mahu sahaja Husin mencarut, namun pantas Dani menegur.
"Jangan ditegur, kita bukan dekat kawasan kita."

Di hadapan mereka kini adalah tapak khemah terbawah. Suzie mengarahkan rakan-rakannya membongkok bersembunyi di balik semak samun yang setinggi peha. Ternyata tiada apa-apa ditapak khemah tersebut. Namun suara itu tetap kedengaran. Mereka semua terus melilau mencari sumber suara tersebut dan tidak semena-mena Husin kaku. Dani menyedari keganjilan dalam perilaku Husin lalu menampak lembut pipi gebu Husin.

"Apsal kau tiba-tiba termenung."

"Hantu." 
sambil menuding ke arah jam 10.

ketiga-tiga mereka memalingkan muka perlahan-lahan ke arah jam 10. Dengan Esah yang menutup mukanya tetapi tidak menutup mata.

"Eh, itukan orang. Apa kau ni. Buat suspen je. Tu lelaki 2 orang. Pakai serba hitam rambut panjang."

"Owh, selamat. Dah nak tercabut dah jantung aku ni. Jomlah kita tegur."
Baru sahaja Husin hendak bangun menuju ke arah mereka, Suzie menarik tangan Husin.

"Jangan, mereka semua tu tak siuman. Semua dah hilang akal. Bahaya kalau pergi dekat."

"Kenapa pulak tak siuman. Janganlah stereotipe sangat. Lelaki rambut panjang je kau cakap diorang tak elok. Jangan fitnah diorang macam tu."

"Bukan sebab diorang rambut panjang. Tapi aku rasa diorang da mabuk tu. Minum banyak sangat. Bau busuk tadi tu aku rasa bau arak kot."

"Ooo budak-budak minum. Haah, ni memang bau beer. Beer murah. Selalunya efek dia sikit je. Tapi mungkin tak biasa minum tu yang mabuk kaw-kaw tu."
Baru Husin perasan yang itu bau beer. Tak ada lah kuat mana pun bau tu. Tapi dah semua orang lagi takutkan orang dari hantu, biarlah.

"Mana kau tau bau beer murah ke mahal? Kau pernah minum ke?"
"Pernahlah, aku tau aku ni memang jahat. Tapi minum arak tak ada apa lah kalau sikit-sikit. Setakat 1 tin tiger beer tu aku tak mabuk pun, leh pandu kereta bawa balik lagi."

"Owh, kau minum?"
Terpacul soalan itu dari mulut Dani. Hari tu, beriya-iya si Husin tu share macam-macam pasal pizza, mcd dan burger ramli tak halal. Tak cukup share kat FB, dekat twitter, instagram dan emel pun dia heboh sekalian alam. Ada DNA babi bagailah semua. Tapi rupanya dia togok arak yang terang-terang lagi bersuluh benda tu haram. Kalau kita makan pizza, mcd dan burger tu tak halal tak apa lagi, sebab benda tu samar-samar. Tapi kalau mampu elak,elak lah kan. Ni terang-terang arak tu haram, haramlah juga. Mungkin kurang didikan agama, kalau boleh nanti doakanlah dia agar mendapat hidayah.

"Dah, nampakkan tak ada hantu. Orang je tu yang cuba nak jadi hantu. Jom la kita balik tidur."
"Jom balik. kali ni aku pulak pimpin tangan kau ye Suzie."
Tanpa menanti sebarang respon dari Suzie, Husin terus sahaja menggenggam lembut jemari mulus Suzie.
Dani dan Esah hanya tersenyum gembira melihat perkembangan bunga cinta 2 sahabat mereka itu.

Sesampai di tapak khemah mereka, tiba-tiba satu lagi bau busuk menerpa. Kali ini busuk nya tidak sama, cukup berbeza dengan yang tadi. Dan lekas-lekas Husin berkata,"Jangan tegur." Lalu dia tersengih sendiri menahan malu terkentot didepan kekasih yang belum dipunya.

1 comment:

moyu said...

Pe yg peramah sgt si husin 2nk gi tegur org.. haha