Thursday, February 28, 2013

Tidur

"Sudahlah, jom kita semua tidur. Dekat hutan ni bukan boleh buat apa pun. Nak main internet pun betri hp dah habis kan."
Suzie bukan memberi cadangan, sebaliknya seperti mengarah, kerana lekas-lekas api dipadamkan. Lagi pun semua orang dah penat seharian berendam dalam air terjun yang sejuk itu.

"Lagi satu, aku nak pesan ni. Kita ni tidur dalam hutan, tempat dimana habitat haiwan dan juga jin. Bukan kawasan kita, jadi kalau ada dengar bunyi pelik-pelik, bau yang pelik-pelik, abaikan sahaja. Jangan diiendah dan jangan ditegur."
Dani bukan sekadar cakap kosong, sebaliknya dia bercakap berdasarkan pengalamannya sewaktu kecil.

Sememangnya dia budak kampung, dan dia tinggal terpencil di atas bukit tiada berjiran. Maka untuk pergi mengaji dan kelas tambahan bapanya terpaksa menghantar ke kampung sebelah dengan menaiki motorsikal. Jadi pada suatu hari, pabila selesai kelas tambahan, 2 beranak itupun pulang ke rumah. Melalui jalan tanah merah yang tidak rata dan dikelilingi pokok durian serta semak samun. Kalau orang yang tidak biasa lalu, mungkinlah seram juga. Tapi bagi Dani dan bapanya, alah bisa tegal biasa.

Sampai di satu jalan pintas, hidung Dani terhidu bau seakan bangkai. Kerana kenaifannya pada waktu itu, dengan serta merta soalan terpacul dari mulutnya.
"Apa bau yang busuk macam bangkai ni Abah? Ada bau tak?"
"Tak ada bau apa-apa pun."
"Ada ni, kuat gile bau dia ni."
"Dah la, tak payah tegur."

Dani pun diam sahaja, sebab bau busuk itu pun tiba-tiba sahaja telah hilang. Mungkin ada bangkai musang dibalik semak samun yang hitam ditelan pekat malam. Atau mungkin ada bangkai burung hantu yang terjerat duri semalu ketika menyerang tikut dibawah semak. Dan tentu sahaja bangkai tersebut mereput statik dan baunya pun hanya menerawang dalam lingkungan jejari yang tertentu. Jadi semua ini memang biasa. Namun sesuatu yang luar biasa kini berlaku. Tiba dikaki bukit rumah Dani, sekali lagi bau yang sama menyerang saraf baunya.

"Hah, ni ada lagi bau bangkai ni. Sama bau dia. Abah tak bau ke?"
"Tulah kau, sapa suruh kau tegur. Kan dia dah ikut balik rumah. Kau jangan banyak bunyi, diam je. Nanti dah sampai rumah terus amik air sembahyang dan solat sunat. Malam ni kau tidur seorang, kalau ada yang kacau nasib la kau. Berani sangatkan tegur, pandai-pandailah kau malam ni."

Terkedu Dani. Cuak dia tidur seorang di ruang tamu malam itu. Perisai yang dia ada hanyalah selimut busuk bekas air liur basinya. Namun dia selamat, dia tidak didatangi sesiapapun, melainkan emaknya yang ayu kejutkan pagi esoknya.

.........

Mungkin penat, mungkin selesa dengan suasana nyaman hutan, Dani malam ini tidur nyenyak. Dengkurnya pun lain dari biasa. Lebih gembira bunyinya. Namun dalam ketenangan suasana nyaman itu, Husin tidak mampu melelapkan mata. Bukan kerana insomnia, tetapi kerana perutnya memulas-mulas. Puas digolek-golek, puas diusap-usap, namun najis-najis itu semakin banyak berkumpul diusus besar. Banyak juga yang menanti di hujung kolon. Kentut entah berapa kali, dan mungkin tiada lagi angin dalam perutnya.

Lalu dia nekad untk pergi memuaskan nafsunya hanya didalam semak. Dia yakin tiada apa yang perlu ditakutkan. Dan dia bernekad untuk mencatat rekod peribadi terpantas. Biar sepantas kilat, yang penting tidak lagi kolonnya terseksa.

Sepantas mana pun sasarannya, akhirnya masa sebenar telah diperolehi. Husin memerlukan 5minit 20saaat untuk menyelesaikan hajatnya. Dengan hati gembira, perut lega dia bersiul pulang untuk tidur. Belum sempat masuk ke khemah, terdengar dia suara Esah menjerit dan khemah yang ditiduri 2 gadis bergegar-gegar.

........

Sebenarnya Suzie tidak lagi tidur. Bukan sakit perut seperti Husin, tapi dia memikirkan cara yang terbaik bagi mencapai objektif percutiannya ini. Telah pun difikirkan beberapa alternatif, tetapi kemahiran pemikiran kritikal perlu dipraktikkan agar objektif sebenarnya tercapai tetapi tiada sesiapa yang mengesyakinya.

Objektif: Menghapuskan Esah.
Cara 1: Menekup mulut dan hidung Esah agar tiada udara baginya untuk hidup lalu mati.
Cara 2: Mengelar urat leher Esah lalu biarkan dia mati menggelupur.

Setelah berfikir panjang, Suzie memilih cara 2. Lebih mudah. Dengan 1 tindakan dengan masa yang singkat, akan tercerailah nyawa dan jasad. Kalau guna cara 1, kebarangkalian untuk Esah melawan itu tinggi, lalu kebarangkalian untuk gagal juga tinggi.

Nekad. Kini Suzie telah melutut di atas Esah. Perut Esah betul-betul diantara 2 lutut Suzie. Lalu Suzie mendongakkan Esah dan meletakkan mata pisau perlahan-lahan, betul-betul di atas kulit gebu Esah. Diletak tanpa sebarang tekanan. Biar telah tekad, tapi takut masih ada. Kini tiba masanya syaitan memotivatikan Suzie bagi melengkapkan apa yang telah dimulai.

1 comment:

moyu said...

Suzie psycho.. bahaya tol.. np dr nk goda danijadi bunuh plak ni.