Friday, March 1, 2013

2 pagi

Bila logam bertemu kulit, terasa sejuk. Haba badan dari kulit segera mengalir ke permukaan logam demi mencapai keseimbangan haba. Kerana kesejukan itu jugalah, menyebabkan Esah terjaga dan dalam samar dia melihat satu lembaga di atasnya. Ingatkan penunggu hutan, pantas dia, menendang bontot lembaga itu. Tersungkur lalu mengenai dinding khemah.

Suzie terkejut dan sebelum mampu menghiris leher Esah dia telah tersungkur tergolek. Lekas-lekas dia menyerang Esah, dan kini Esah baru sedar rupanya malam ini di tidur berkongsi selimut dengan musuh yang ingin meragut nyawanya. Dia ingatkan peribahasa itu hanyalah madah berhelah rupanya perkara seperti itu tidak mustahil. Suzie menikam beberapa kali dan sasarannya adalah perut Esah yang kempis tiada ketulan lemak. 

Setiap tikaman mampu disanggah dan ditepis Esah. Tapi disebabkan suasana yang samar-samar, sukar baginya menyerang balas. Ruang juga sangat terhad. Dia tidak boleh melompat sesuka hati, dia dibelenggu. Namun setelah beberapa kali ditikam, Esah kini telah dapat membaca serba sedikit corak serangan Suzie. Lalu dengan tiba-tiba selepas menangkis satu tikaman dengan tangan kiri, pantas Esah menumbuk tekak Suzie. Kerana impak tumbukan tersebut Suzie tercampak kebelakang, dan kini tersandar di dinding khemah. Namun dinding kanvas itu tidaklah mampu menampung berat Suzie, maka terkoyak dan terbaringlah Suzie di atas tanah.

Khemah roboh dan menyelimuti Esah. Dengan bersusah payah Esah merangkak keluar. Malangnya tika itu Suzie telah bersedia menanti dia. Tanpa sebarang kata, kaki dihayun dan tepat mengenai dagu Esah. Menyembur darah keluar dari mulut bila gigi menggigit bibir. Terbaring menghadap langit dan dengan pantas Suzie membenamkan pisau ke perut Esah.

Disebabkan tekanan berkadar songsang dengan luas permukaan, maka dengan mudah mata pisau menusuk mengoyakkan baju, kulit serta perut Esah. Dalam sekelip mata darah membuak-buak mengalir deras dari luka tikaman. Husin yang ketika itu jaraknya hanya 20 meter pun tak sempat melakukan apa-apa. Hanya terkaku. Segalanya berlaku dengan amat pantas. Dia terus menolak Suzie dan memangku Esah. Dia meratap menangis takut kehilangan Esah, tetapi langsung tidak di buat apa-apa. Dia bukanlah doktor mahupun pelajar perubatan, langsung dia tidak tahu pertolongan cemas. Dia juga bukannya ustaz, mahupun mahasiswa pengajian islam malah dia juga bukan umat islam yang taat sampai langsung tidak diajarkan Esah untuk mengucap. Dia hanya meratap sambil melihat wajah ayu Esah mengerang kesakitan.

Suzie memegang bahu Husin lalu melutut dihadapan Esah. Sungguh-sungguh dia memohom maaf pada Esah dan juga Husin. Lalu dia memegang hulu pisau dan memulasnya ikut arah jam bertujuan menambah luka dalaman dan menambahkan kesakitan Esah biar dia mati dalam kesengsaraaan. Raut wajah Esah berkerut dan mata terbeliak menahan sakitnya nyawa terpisah dari badan.

No comments: