Sunday, August 1, 2010

bila perut ku membuncit

aku tau aku kurus, dan aku juga tau aku tak kan gemuk, tapi aku baru tau yang aku pun boleh membuncit. dan sesungguhnya lelaki kurus yang buncit itu sungguh tidak macho, kacak mahupun bergaya. pada mata aku lah, kalau mata korang rasa lawa, suka hati korang la ye.

sememangnya aku tak nak membuncit, dan aku juga yakin ramai perempuan diluar sana yang tak nak pasangan hidupnya buncit. mereka semua inginkan pasangan yang slim dan ramping. tapi masalah utamanya, mereka sering memberi pasangan mereka makan yang sedap2. sebagai lelaki budiman, kami pun makan lah juga kan. kalau tak nanti merajuk, kan lagi susah.

lepas tu bukannya para
perempuan yang jelita ni memang selalu ajak bersenam, tapi bukan senaman perut seperti sit up, senaman berjalan kaki shoping moping. dah penat jalan2, kita pergi lah makan lagi. har-har.

kesimpulannya, kami ni bukan tak nak slim, bukan tak nak bersenam, tapi andalah kaum hawa yang menjadikan kami sebegini rupa. jadi janganlah tinggal kami bila kami sudah membuncit. sayangi perut kami.

ni namanya, "perut maju ke depan"
gambar dai google

tips tak nak buncit. mak aku cakap la, jangan baring pas makan. try la ikut ye.

9 comments:

imanshah said...

aku pun ada skit gejala2 membuncit..oh tidak

zyra j said...

kang xbg mkn kang ke msk xsedap ke jd alasan utk kawen laen plak.pstu nk salahkan pompn jugak.hishhh

DAUD said...

imanshah>>oh tidak,
mari kite kempis kan perut. huhu

zyra>>aku menyalahkan perempuan untuk bermanje-manje je la. kan sebenarnya nak puji korang yang pandai masak. huhu.

kami hanya ingin tetap disayangi walau perut membuncit

Anonymous said...

haha
buncit skit x jd prob kot...
jgn melampau sdh la

ein-bunn said...

ak ske laki buncit..
nak suh bf ak buncit x buncit2 pun..geram ak..xtau nak bg die makan ape..maintain kurus je..ssh ati ak..

DAUD said...

ape definisi melampau tu?

ein>> bukan makanan jadi penyebab, suh dia ngah kenyang2 tu, baring and tidur. kompen buncit. tapi laki kurus buncit x best la. buruk.

aku rasa aku da kurang seksi da skang ni. haha

moyu said...

jgn melampau 2 mkne nye jgn smpi jd cam gmbr 2 la...
tp klu jd syg je gak...
huhu
slame ni abg seksi ke?????
prasan x abis2...
haha

ceritaku MEMORIKU said...

buncit pakai ah bekung yang perempuan tu
haha
cmfm slim slender balik
-na'dz

DAUD said...

sape nak sponsor bekng tu?
leh je. haha.

syg awak gak moyu