Sunday, March 3, 2013

Rahsia

Takut api kemarahan kembali membara. Kali ini Husin mengejutkan Dani yang tidur mati. Tidurnya lebih lena dari seorang bayi. Nasib baik telah bertahun dia menjadi rakan sebilik, Husin dah faham bagaimana cara terbaik mengejutkan Dani. Senang sahaja hanya mengepitkan hidung dani. Lalu bila tiada udara memasuki paru-paru, dani akan bangun dalam kelemasan. Memang itu cara paling efektif bagi mengejutkannya.

Keluar dalam mamai. Terkejut melihat Esah terkulaai mati, Suzie lembik di ikat kejap.
"Apa yang kau dah buat ni Husin"
"Bukan aku tapi Suzie. Dia bunuh Esah. Jadi aku terpaksa mengikat dia. Aku takut dia bunuh kita pula."

Dani melulut disisi Esah. Lalu menutupkan kelopak.mata Esah. Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali. Sudah ajalnya malam ini, sudah takdirnya mati begini. Walau sedih bersarang dalam hati, tapi Dani pasrah.

Kini perhatiannya beralih pada Suzie. Dia duduk bersila lalu memandang tepat dalam-dalam mata Suzie dan serta merta air mata bergenang, menitis. Suzie juga tak dapat menahan air matanya. Lalu menangis. Bukan.menyesal atas tindakannya membunuh Esah. Cuma dia sedih melihat kekasihnya bersedih. "Maafkan Suzie, Dani. Suzie tak rela orang lain membahagiakan Dani."

 Dani bangun dari bersila melutut dan mencium dahi suzie.
"Maafkan Dani juga. Dani yang buta selama ini."

Melihat akan perlakuan pelik Dani itu, pantas Husin minta penjelasan.

"Maafkan aku Husin, aku tak seharusnya melibatkan kau."

"Apa maksud kau?"

"Ini semua salah aku. Aku yang tak belajar dari sejarah dan sekarang sejarah berulang lagi. Maafkan aku Husin."

"Sejarah apa?"

...


14 februari 2000
"Esok aku nak jumpa dengan Mila la. First date kitorang. Ko ada apa-apa cadangan tak nak bagi hadiah apa." Dani meminta cadangan dari kawan baiknya.

Selesai berbasa basi dengan Dani, Suzie terus mencari Mila. Seluruh kawasan sekolah dia mencari. Dari kantin sampailah ke tandas wanita semua orang dia bertanya. Lalu seorang rakan sekelas Mila memberitahu yang Mila ada di surau, solat asar.

Sesampai di pintu surau, terlihat Suzie bontot tertonggeng-tonggeng sujud. Suzie menunngu, lalu apabila salam kedua disudahkan, pantas lengan Mila di genggam erat. Sakit sampai ke tulang. Darah terhenti di situ.
"Aku warning kau, esok jangan dating dengan Dani. Kalau tak, pecah muka kau aku tumbuk."
Sambil dia menunjukkan buku limanya.

14 februari 2005
"Esok aku nak study group ngan Lin la. Kau tak yah ikut ye." Dani memberitahu kawan baiknya.

Malam itu Suzie tidak boleh tidur, sakit hatinya bila Lin tidak mengendahkan amarannya. Lalu dia nekad untuk bersemuka kembali dengan Lin kala malam bulan mengambang. Senyap-senyap dia menyusup keluar dari bilik tanpa dissedari akan rakan sebiliknya. Sesampai di pintu bilik Lin, Suzie mengetuk beberapa kali.

Lin dengan mata kelat membuka pintu dan membenarkan Suzie masuk. Hanya dia seorang di dalam bilik tersebut, rakan sebiliknya tiada. Maklumlah gosip panas mengatakan yang rakannya itu lesbian. Cantik dan seksi, tapi tidak berminat dengan mana-mana lelaki, dan saban malam tidur sekatil dengan kakak angkatnya yang penkid itu.

Tanpa banyak bicara, pintu ditutup dan Suzie menumbuk Lin. Adegan pergaduhan 2 perempuan bermula. Rambut ditarik-tarik. Jeritan nyaring kedengaran. Berlangsung selama 10 minit dan dileraikan oleh warden asrama.

Akibat dari kejadian itu, Suzie digantung sekolah dan Lin berpindah ke sekolah yang lain.

14 februari 2009
"Esok aku nak pergi berkelah dengan Syikin." Dani berkongsi berita gembira.

Syikin juga tak mengendahkan amaran keras Suzie, akibatnya dia terjatuh tangga hingga patah tangan. Syikin tau ini semua angkara Suzie kerana Suzie sendiri yang memberitahunya ketika Suzie memapahnya ke hospital. Tetapi tiada sebarang bukti yang boleh mengaitkan Suzie dalam kes ini dan yang lebih menakutkan Suzie turut mengugut yang Syikin akan menerima kesan yang lebih teruk jika membocorkan rahsia itu. Dan yang penting Syikin kena menjauhi Dani.

...

"Aku tahu semua cerita itu, tapi aku diamkan. Kerana aku fikir suatu hari nanti Suzie akan sedar realitinya dan dia juga akan bertemu dengan lelaki yang lebih baik dari aku. Sebab itu aku perkenalkan kau Husin dengan Suzie."

Terkesima, terduduk Husin, kelu lidah tidak terkata mendengar cerita dari Dani. Langsung dia tidak menyangka, cinta telah membuatkan Suzie gila. Husin berbisik antara dengar dan tidak.
"Kalau dah jodoh tak kemana, kalau dah bodoh nak buat macam mana, kalau dah gila, parah jadinya."


1 comment:

moyu said...

Kerana cinta jd giler...