Seekor helang berlegar-legar dengan mendepangkan kedua sayapnya yang lebar itu, dan melayang tenang sambil menjalankan tugasnya dengan amanah. Meninjau seluruh daerah Moyu Atia tanpa curi tulang, dan sememangnya haiwan yang tidak dikurniakan akal ini lebih jujur dari manusia yang sering lupa dan sentiasa tamak. Tamak harta, masa dan kuasa.
Dengan pandangan mata yang berkuasa tinggi itu, sang helang Berjaya merakam dan melaporkan semua kegiatan yang berlaku di bumi Moyu Atia dengan pantas dan tepat. Dari ketinggian itu juga dia melihat sekumpulan manusia yang terbaring kaku di tengah-tengah kawasan lapang di hutan Atilia, salah satu hutan di pinggir Moyu Atia. Selepas melaporkan kejadian itu, sang helang hinggap di sebatang dahan kerana ia di arahkan untuk memerhatikan kumpulan manusia itu sehingga pasukan bantuan tiba.
Tiba-tiba, salah seorang dari mereka duduk dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia memakai pakaian yang pelik dengan menutup seluruh bahagian mukanya, hanya sedikit bukaan di bahagian mata. Lelaki tadi terus berdiri dan meninjau persekitaran di mana dia dan rakan-rakannya berbaring tadi dengan menoleh ke kiri dan ke kanan. Mungkin setelah berpuas hati dengan keselamatan kawasan itu, dia mengejutkan dua lagi rakannya yang memakai pakaian pelik itu.
Baru sahaja mereka bertiga hendak melangkah, seorang lagi lelaki yang berkulit gelap bangun dan dengan loghat bangsa india dia memanggil si pemakai pakaian pelik itu dan mengarahkan mereka agar terus berada di situ. Lelaki india itu adalah ah long dan pemakai pakaian pelik itu adalah ninja cho kit yang bernama Bakar, Lim dan Gopal. Mereka hanya dapat di bezakan dengan pengikat kepala yang tertera nama mereka. Sementara itu Dr. Ali dan pengurusnya Roxy masih terbaring tidak sedarkan diri.
Lantas, Ah long mengarahkan Bakar mengikat tangan Dr. Ali, Lim mengejutkan Roxy dan Gopal mengurut belakannya. Apabila Dr. Ali siap di ikat dan dikejutkan, Ah long dengan tenang menepuk tangan sendirian.
“tahniah, tahniah. Nampaknya ciptaan kau ini Berjaya lagi. Tapi cuba kau beritahu aku, di manakah tempat ini?”
“hah, kenapa aku masih dengan kau ni? Aku ingat aku dah masuk syurga dan korang semua dah masuk neraka.”
“hei, mulut tu jaga sikit e, lainlah kalau mulut kau tu ada insurans.”
“kat mana kita ni?”
“aku Tanya kau tadi, kau Tanya aku balik?, kalau kau tak tau, aku lagilah tak tahu.”
“habis tu apa yang kita nak buat ni?”
“kalau ini masih zaman yang sama, boleh lah juga aku bawa korang balik, telefon aku ada GPS, tapi kalau ni zaman Melaka, memang tak dapat la den nak tolong, eh tapi mana telefon aku?”
Ah long pun menyelok poketnya dan cuba mencari telefonnya itu. Namun setelah menyelok poket kiri, kanan dan belakang, dia tidak menjumpai apa-apa kecuali dompetnya dan butiran keemasan di poket kirinya, di mana telefon bimbitnya diletakkannya.
“ Ah long, aku rasa tak perlulah kau mencari dimerata tempat telefon kau tu. Sebenarnya setiap logam yang melalui mesin masa tadi akan terurai dan menjadi serbuk seperti yang kau pegang tu”
“Alamak, habislah video-video hot chick aku dalam tu.”
Tiba-tiba keadaan sekeliling menjadi gelap bagai matahari telah kembali beradu, namun masakan dalam beberapa minit sahaja hari siang menjadi malam? Dan jauh di atas awan kedengaran bunyi guruh yang sangat kuat.
Dari ketajaman biji mata sesekor helang, kumpulan 6 orang manusia itu bergerak ke sebatang pokok yang sangat besar tidak jauh dari tempat mereka sedarkan diri tadi. Rintik-rintik hujan mula turun membasahi bumi dan memberi minum kepada tumbuh-tumbuhan. Hujan pada hari ini merepakan hujan yang pelik bagi mereka berenam kerana hujan seperti ini tidak akan pernah turun di Bandar mereka. Hujan dengan air yang deras itu menambahkan lagi keyakinan mereka yang mereka telah mengembara ke masa silam, dimana hujannya hujan yang asli, bukan hujan buatan yang warnanya berwarna kuning dan berbau agak kurang menyenagkan.
Dalam kesejukan hujan itu, mereka masih juga tidak sedar yang mereka diperhatikan dan mereka sendiri masih belum pasti dengan apa yang bakal mereka hadapi. Yang mereka pasti, mereka dalam kesusahan kerana mereka tidak bersedia untuk ini. Tiada pengetahuan, teknologi, senjata dan sebagainya.
Sebenarnya ni episod ke3...
episod 1 klik sini, episod 2 klik sini.
dan ada gak cerita Dr. Ali yang tak berkaitan. Cerita keris dan pengimbas memori
3 comments:
pastinya ada jalan penyelesaian
(:
best gak nme tempat 2...
huhuhu
nnt igt smbng ye...
x sk citer hanging...
huhu
alamak...banyak episode daa...tak larat nak baca episode 1 ngn 2..
Post a Comment